[VIDEO] Kelab Jerman Ini Cipta Taktik Sepakan Penjuru Yang Mengejutkan Dunia

Mencipta rutin bola mati yang berkesan antara perkara sangat penting dalam bola sepak. Ada yang menghasilkan taktik lick dan sukar diduga.

Setiap pasukan akan mengadakan sesi latihan bola mati mereka sendiri untuk memastikan ianya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya, ini termasuk sepakan percuma, sepakan penjuru, dan penalti.

Sepakan penjuru merupakan salah satu ancaman yang besar dalam bola sepak. Kerana ianya membolehkan sesebuah pasukan menghantar pemain mereka ke dalam kotak penalti untuk menyambut hantaran silang.

Namun pasukan dari Jerman, Karlsruher SC pada hujung minggu dalam perlawanan mereka menentang Jahn Regensburg telah mewujudkan satu rutin sepakan penjuru yang unik dan pelik.

Jika selama ini kita biasa melihat pemain pemain berada dalam zon depan penjaga gol, namun mereka berada di sekitar garisan kotak penalti dengan kedudukan pelaksana ssepakan penjuru dari belakang mereka.

Seorang pemain berada dalam kawasan gol manakala enam lagi berada di garisan kotak penalti sebelah kanan.

Setelah mendapat isyarat, enam pemain tersebut berlari masuk ke dalam kotak penalti.

Bola pun disepak, dan Christoph Kobald mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah, tetapi tandukan pemain dari Austria melepasi palang.

Boleh dikatakan taktik itu hampir berjaya cuma penyudah yang menghampakan mereka pada akhirnya. Jika ia berjaya disudahkan, sudah pastinya ia akan menjadi salah satu detik lebih diingati.

Saksikan sendiri detik itu di bawah ini:

 

Jelas sekali taktik ini mencetuskan keadaan kucar kacir kepada lawan mereka. Para pemain Jahn Regensburg kelihatan keliru dan tak pasti nak marking siapa.

Video tersebut tular teruk di internet. Di mana ramai yang menganggap ianya unik. Ada juga yang merasakan ianya agak kelakar dah seperti melihat cerita perang.

Bak kata Arsene Wenger, bola sepak itu juga satu seni. Jadi, apa salahnya kita menghargai usaha mereka dalam cuba menghasilkan seni bola sepak yang unik.

Dengan komitmen yang mereka tunjukkan, tidak hairanlah Karlsruhe menjadi pasukan kedua paling tajam menyudahkan bola mati dalam saingak 2.Bundesliga pada musim ini.

Perlawanan berakhir seri tanpa jaringan. Selepas tamat perlawanan Karlsruhe berada di tangga ke-5 di 2. Bundesliga — lapan mata di kedudukan teratas.

Jahn Regensburg ketinggalan lapan mata di tangga ke-11.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di