[VIDEO] Kemanisan Voli Spektakular Marcos Alonso Selepas Kembali Dari Buangan

Marcos Alonso menjadi bintang buangan di bawah rejim Frank Lampard. Dan beliau tidak terlibat langsung dengan mana mana aksi liga pada musim ini.

Namun Alonso disertakan semula dalam pasukan utama dalam perlawanan kedua di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Alonso bermain sebagai bek sayap dalam sistem back 3 pasukan Chelsea.

Siapa sangka kepulangan semula ke dalam pasukan utama ditandakannya dengan gol spektakular yang sangat manis menusuk kalbu.

Chelsea mendahului 1 gol pada separuh masa pertama menerusi rakan sejawatan bek sayap Alonso iaitu Cesar Azpilicueta.

Chelsea sepatutnya mendapatkan lebih banyak gol dalam perlawanan ini berdasarkan corak permainan mereka yang dinamik dan dominan.

Dengan dominasi yang tinggi, tetapi cuma satu gol terhasil. Pastinya Chelsea sedar, mereka masih tidak selamat. Mereka memerlukan gol kedua.

Lalu Marcos Alonso muncul menjaringkan gol kedua tersebut pada minit ke-84. Segalanya bermula dengan gelecekan dan hantaran Pulisic.

Alonso dengan kemas memerangkap / cushioning bola dengan dadanya dalam keadaan dia melompat. Alonso kemudian mencipta ruang dan peluang untuk dirinya sendiri dengan menimang bola dengan satu sentuhan.

Dan seterusnya, Alonso melepaskan voli yang sangat cantik. Saksikan di sini kemanisan gol tersebut:

Para peminat Chelsea tumpang gembira dengan kepulangan semula Marcos Alonso dan menjaringkan gol dalam perlawanan.

Thomas Tuchel meraikan gol itu dengan puas hati sekali. Kerana beliau tahu Marcos Alonso memiliki kualiti yang beliau perlukan di dalam pasukan.

Dengan tercatatnya nama Alonso dan Azpi dalam senarai penjaring Chelsea. Kini Chelsea memiliki 15 pemain berbeza menjaringkan 35 gol liga setakat ini.

Alonso berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam liga Inggeris sejak Februari 2020. Ianya cuma sehari dipisahkan daripada setahun.

Alonso memang goalscoring defender. Beliau menjadi nadi penting skuad juara liga era Antonio Conte satu ketika dahulu.

Ini merupakan kemenangan kesembilan Chelsea pada musim ini. Thomas Tuchel sebelum ini menyatakan misi utama mereka adalah mara ke UCL musim hadapan.

Tuchel berkata: “Kejuaraan liga? Tidak, itu terlalu jauh, dan pada masa yang sama kita kenalah realistik.”

“Apabila kamu menandatangani kontrak sebagai pengurus Chelsea maka kamu telah menandatangani [komitmen] untuk mencabar kejuaraan EPL, UCL dan piala lain yang disertai.”

“Itu sangat jelas sekali. Namun pada yang sama, kita hendaklah realistik, kerana ada banyak lagi pasukan yang berada di atas kami dan kedudukan keempat.”

“Ia mungkin waktu yang tepat untuk kami memperbaiki kedudukan pada pertengahan musim seperti ini. Kami tidak boleh hilang fokus dan melihat terlalu ke depan.”

“Pasukan harus kekal seperti yang ada dan berusha setiap hari untuk meningkatkan lagi permainan kami dan mata yang dicari akan kunjung tiba.”

Tuchel yakin beliau akan membina pasukan yang mampu menyakitkan mana mana lawan mereka selepas ini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di