[VIDEO] Kenapa Gol Penalti Dengan Acahan Haram Isak Ini Dibatalkan + Kad Kuning

Alexander Isak terkejut beruk apabila dia dilayangkan kad kuning kerana melakukan penalti dengan cara melanggar undang undang.

Real Sociedad menewaskan Elche 2-1 di tempat lawan. Dua gol Sociedad adalah menerusi Alexander Sorloth dan Robin Le Normand. Melengkapkan comeback selepas ketinggalan hasil jaringan Guido Carrillo yang meletakkan tuan rumah di hadapan.

Pemain antarabangsa Sweden, sebenarnya, boleh menyamakan kedudukan lebih awal. Ini selepas Sociedad diberikan penalti.

Pemain sasaran Arsenal, Isak tampil melakukan penalti yang masuk pada minit ke-19 menewaskan Edgar Badia dengan menghantar penjaga gol itu ke tempat yang salah.

Namun malangnya, pengadil membatalkan penalti tersebut kerana berlaku kesalahan.

Pemain pemain Elche terus bergegas membantah penalti tersebut. Mereka merasakan bahawa Isak telah melakukan acahan haram ataupun illegal feint ketika melakukan penalti yang menjejaskan semangat kesukanan di atas padang.

Beberapa saat kemudian, pengadil perlawanan bertindak dengan tegas dan melayangkan kad kuning kepada Isak. Bukan itu sahaja, pengadil turut membatalkan penalti itu. Memberikan sepakan percuma kepada Elche.

Alexander Isak hanya menahan malu di hadapan pemain pemain lain.

Kenapa penalti itu dibatalkan?

Satu perdebatan yang menarik berlaku selepas itu. Ramai yang pelik kenapa penalti itu dibatalkan. Apa kesalahannya? Lebih teruk, kenapa Isak dilayangkan kad kuning? Apa salah Isak?

Sebenarnya, penalti itu memang tak sah!

Ini kerana peraturan penalti terkini melarang pemain berhenti mengacah penjaga gol.

Ianya akan memberikan kelebihan yang tak ada kepada pemain penyerang lebih lebih lagi, sekarang ini penjaga gol diarahkan untuk kekal berpijak pada garisan gol.

Pada siaran langsung sebenar, awalnya kelihatan tiada kesalahan dilakukan. Namun ulang tayang menunjukkan jelas sekali Isak mengacah Baria dengan menghentikan langkahan sebelum merembat masuk.

Ada yang membandingkan penalti itu dengan Bruno Fernandes dan Jorginho yang melakukan Jorginho Hop.

Namun bezanya Bruno Fernandes dan juga Jorginho mereka tidak berhenti. Mereka cuma menukar pace larian dan melepaskan terus percubaan sebaik sahaja standing foot mereka dipacak di atas tanah.

 

Peraturan penalti menegaskan bahawa: “Mengacah ketika melakukan larian untuk mengelirukan lawan adalah dibenarkan dalam bola sepak. Namun mengacah ketika melakukan sepakan penalti sebaik sahaja pemain menamatkan larian, adalah dikira perlanggaran peraturan 14 dan pengadil merasakan tindakan tersebut dilakukan dengan tiada semangat kesukanan, di mana seseorang pemain yang melakukan kesalahan itu harus dilayangkan kad.”

Selain itu satu lagi peraturan yang turut menggunakan budi bicara pengadil adalah kes pemain mengacah dengan niat mempermalukan lawan mereka. Juga boleh dilayangkan kad kuning jika pengadil merasakan ada unsur unsur tidak ada semangat kesukanan di dalamnya. Neymar antaranya yang pernah kena kerana showboating ataupun taunting pemain lawan dengan skil.

Berbalik kepada kes penalti yang melarang acahan haram seperti ini. Peraturan tersebut sebenarnya sudah dikuatkuasakan pada 2011. Di mana pada tahun tersebut Messi melakukan acahan dengan berhenti berlari untuk menewaskan Abbiati.

Kes Lionel Messi dan Son Heung Min

Pada masa itu kerana peraturan masih belum diwartakan oleh IFAB. Tetapi pengadil Wolfgang Stark melayangkan kad kepada Messi dan mengarahkan penalti diambil semula. Pada masa itu peraturan foul terus ke atas penalti yang berhenti seperti itu tidak dikuatkuasakan lagi. Pengadil cuma menggunakan peraturan berkaitan dengan semangat kesukanan untuk membatalkan gol dan mengarahkan retake.

Abiatti sendiri membantah penalti tersebut sebagai tidak adil dan tak sah.

Messi tiada masalah untuk menjaringkan gol pada percubaan kedua pada masa ini.

Sebelum ini, Son Heung Min pernah dibatalkan penalti kerana acahan haram / illegal feint ketika melakukan penalti ini. Ianya berlaku dalam aksi antara Tottenham Hotspur menentang Rochdale pada aksi Piala FA 2018.

Jom saksikan aksi bagaimana Alexander Isak dilayangkan kad kuning dan golnya ditarik oleh pengadil kerana acahan haram tersebut.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di