[VIDEO] Ketika Keraian Piala, Fofana Dan Choudury Mengibarkan Bandera Palestine Tanda Solidariti

Krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Palestine mendapat perhatian dunia. Di mana ketika ini, negara tersebut sedang menghadapi tekanan dan serangan daripada pihak yang satu tu.

(Tak boleh sebut sangat, nanti google dan facebook buat hal pulak dengan web dan page aku).

Ramai yang bersolidariti untuk Palestine termasuk warganet, atlet, artis, serta tokoh tokoh terkemuka yang lain. Mereka menggunakan pelbagai platform mengecam keganasan yang sedang berlaku di Palestine dan orang awam yang menjadi mangsa.

Leicester meraikan kejayaan menjulang Piala FA 2020/21 menewaskan Chelsea dengan 1-0 hasil gol oleh Tielemans.

Ketika meraikan kejayaan mereka, dua pemain Leicester yang beragama Islam iaitu Wesley Fofana dan Hamza Choudhury mengibarkan bendera Palestine bersama dengan mereka.

Tindakan kedua dua pemain itu mendapat perhatian ramai. Di mana ramai yang memuji mereka kerana menzahirkan solidariti dan sokongan terbuka kepada Palestine.

Chapo berkata: “Hamza Choudhury dan Wesley Fofana dengan bendera Palestine. Suka tengok.”

Monstro pula berkata: “Tabik hormat setingginya kepada Chodhury [warga England] dan Fofana [Perancis] yang menzahirkan sokongan kepada Palestine pada tamat aksi. Tindakan terpuji di atas yang lainnya.”

Tindakan kedua dua pemain tersebut juga dianggap satu mesej yang jelas kepada seluruh dunia.

Sudah beberapa pemain bola sepak yang tampil terbuka menyatakan solidariti kepada Palestine termasuk Paul Pogba, Mohamed Salah, Mesut Ozil dan ramai lagi.

Leicester City menjulang piala major sekali lagi selepas kejayaan besar mereka menjulang EPL beberapa tahun yang lalu. Brendan Rodgers berjaya membawa semula kejayaan kepada kelab selepas musim yang cemerlang musim ini.

Leicester menewaskan pasukan yang sedang dalam form terbaik pada ketika ini. Leicester menang menerusi gol jarak jauh yang memukau oleh Tielemans.

Chelsea mendapat tiga peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan. Dua daripadanya diselamatkan Kasper Schmeichel. Dan satu lagi adalah gol yang dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di