Video Khas, Villareal Sahkan Santi Pergi, Arteta Mahukan Beliau Di Emirates

Villareal mengesahkan bahawa Santi Cazorla akan meninggalkan kelab itu selepas musim ini berkahir.

Santi memutuskan tidak akan menyambung kontrak dengan pasukan itu lagi. Pemain berusia 35 tahun itu menyatakan beliau sangat menikmati kepulangan semula ke padang bola sepak selepas kecederaan panjang.

Beliau sangat berterima kasih dengan peluang yang diberikan Villareal kepadanya. Dan dia digelar legenda oleh Villareal menerusi satu video perpisahan khas.

Santi musim ini sudah menjaringkan 11 gol dan 9 assist daripada 34 penampilan m

Santi masih belum memutuskan destinasi beliau seterusnya sama ada terus bermain ataupun bersara.

Salah satu daripada opsyen beliau adalah kembali ke Arsenal dengan menjadi sebahagian daripada kejurulatihan Arteta.

Ahad ini merupakan perlawanan terakhir beliau berhadapan dengan Eibar.

“Villarreal sudah memberikan saya segalanya.”

“Pada usia 18 tahun mereka memutuskan untuk mendapatkan khidmat saya dari Oviedo sebagai pemain remaja yang tak kenal sesiapun di sini.”

“Saya bangga dapat menamatkan karier saya bersama dengan Bruno [Soriano].”

“Saya berharap bahawa perpisahan kali ini sama seperti 2006 dan ianya adalah jumpa anda lagi.”

Selain daripada tawaran daripada Arsenal, Santi juga mendapat tawaran lumayan bermain di Qatar bersama dengan Al Sadd.

Pengurus Al Sadd iaitu Xavi menawarkan kontrak pemain-jurulatih kepada Santi Cazorla.

Namun Arsenal sangat berharap Santi Cazorla akan kembali menyertai pasukan kejurulatihan Mikel Arteta.

Sebelum ini Santi memberikan hint bahawa beliau akan kembali ke Arsenal dengan memberitahu: “Saya tak tahu apa legasi saya di sana [Arsenal]. Anda kena tanya Fans Arsenal.”

“Namun saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka atas segalanya.”

“Saya tak tahu apa akan buat selepas menjadi pemain. Mungkin akan menjadi coach, Sporting Director. Namun saya nak kembali ke sana.”

Rundingan Santi Cazorla dengan Al Sadd sangat bergantung kepada situasi Xavi Hernandez.

Ini selepas kelab Catalan itu dikatakan berminat untuk membawa pulang pengurus itu menyertai kejurulatihan mereka. Malah ada yang inginkan Xavi menjadi pengurus.

Jika ini berlaku, maka rundingan mendapatkan Santi Cazorla mungkin tergendala kerana yang mahukan Santi adalah Xavi.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.