[VIDEO] Kim Jong Un Riang Gembira Saksikan Demonstrasi Ketenteraan Yang Ekstrim

Dalam pertunjukkan ataupun demonstrasi kekuatan ketenteran besar-besaran, sekumpulan askar Korea Utara menunjukkan aksi yang sangat ekstrim dan membuatkan ramai netizen tergamam.

Di mana mereka dilihat memecahkan batu bata dengan kepala mereka dan berbaring di atas kaca untuk mengkagumkan pemimpin tertinggi ataupun Suprem Leader mereka Kim Jong-un.

Video latihan tersebut dikongsi di media sosial menunjukkan askar askar Korut (Korea Utara) menahan pukulan dari galah panjang, menghancurkan blok dan papan kayu di atas kepala mereka, dan berbaring di atas serpihan kaca yang pecah.

Rakaman dramatik itu kelihatan lebih seperti adegan dari filem seni mempertahankan diri, ketika Kim dan pegawai Korea Utara lain menonton dan bertepuk tangan melihat askar askar mereka mempamerkan persembahan yang benar benar ‘sakit’ untuk kita tonton.

Pameran itu adalah sebahagian daripada upacara pembukaan pameran pertahanan minggu ini yang mempamerkan senjata negara bersenjata nuklear itu.

Askar – beberapa berpakaian seragam, yang lain tidak berbajku – menumbuk bata konkrit, atau memecahkannya dengan kepala mereka.

Banyak lagi aksi ngeri lain termasuk membengkokan besi dengan 2 askar meletakkannya di dagu mereka.

Pemimpin Kim memandang sambil bertepuk tangan dan tersenyum, dikelilingi oleh pegawai dan penasihat kanannya, Kim Yo Jong di sisinya.

Syarikat penyiaran Korut, KCTV menunjukkan video itu pada hari Selasa.

Agensi Berita Pusat Korea melaporkan bahawa Kim memanggil tenteranya sebagai “tidak dapat dikalahkan” dalam ucapannya di mana dia juga menuduh Amerika Syarikat memusuhi negaranya dan “terus menimbulkan ketegangan di rantau ini dengan pertimbangan dan tindakan yang salah.”

Kim turut menuduh Amerika sebagai suka campur tangan dalam urusan negara lain.

Ini adalah acara pertunjukan ketenteraan Korea Utara yang pertama yang dipantau sendiri oleh Kim sejak dia menguasai Korea Utara pada 2011. Ia menandakan ulang tahun ke-76 Parti Pekerja yang memerintah negara tersebut.

Saksikan di sini:

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu