[VIDEO] Lelaki Indonesia Ini Buat Laporan Polis Kerana Di-scam, Beli G*nja Dapat Saderi

Memang sakit hati apabila kita memesan barang yang lain daripada penjual namun menerima barang yang lain dan lebih rendah nilainya.

Itu yang berlaku di Indonesia. Apabila seorang lelaki membuat laporan polis kerana peniaga yang menipu.

Dia memesan g@nja daripada penjual, namun menerima daun saderi pula. Video berkaitan dengan perkara itu tular di Indonesia.

Dalam video tersebut, seorang lelaki berjaket hijau dilihat membuat laporan polis mengenai kegagalannya menerima barang yang dia tempat iaitu barang haram.

Dia memegang sekeping kertas misteri yang mengandungi label d@dah yang dibelinya.

Tetapi apabila dia membuka sekeping kertas itu, ternyata dadah itu bukanlah g*nja yang dia harapkan – ia hanya daun saderi. Ia juga mengandungi beberapa daun lain.

Kelihatan anggota polis ketawa mendengar laporan itu dan meminta lelaki itu membuka bungkusan kertas yang dipegangnya. Kejadian ini berlaku di balai polis Palembang di Sumatera Selatan.

Insiden itu berlaku pada 28 Mac. Video asal dimuat naik oleh pengguna Instagram @Palembang_Bedesau, namun ia menjadi viral apabila disiarkan semula di akaun @potretpalembang.

Lelaki itu berkata: “Saya membelinya dengan harga 50,000 Rupiah (sekitar RM11), tuan. Tetapi ia hanya daun biasa.”

Kemudian polis bertanya kepada lelaki itu sama ada dia sebenarnya mahu membeli g*nja. Dan dia mengakuinya. Cuma terkilan kerana penipuan oleh peniaga yang semakin berleluasa di Indonesia terutama sekali yang dibeli secara atas talian ataupun bukan dibeli secara COD.

Polis awalnya bercadang untuk menangkapnya kerana tuduhab memiliki dadah, tetapi akhirnya memutuskan untuk membiarkan dia pergi kerana ia di tangannya hanyalah daun saderi yang tidak diharamkan.

Selain itu, polis merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan lelaki itu. Tak akan seorang manusia normal sanggup ‘hulur tengkuk’ sendiri untuk dipancung kerana membeli barang terlarang.

Indonesia antara negara yang memiliki hukuman kesalahan penyalahgunaan dadah yang sangat berat.

Tindakannya juga menimbulkan rasa geli hati di kalangan netizen kerana dia membuat laporan polis di atas kegagalannya mendapatkan barang terlarang itu. Dengan muka selamba dia meluah kekecewaannya.

Saksikan video yang agak kelakar itu di sini:

Lelaki yang diberikan identiti IY (30 tahun), warga Kecamatan Plaju, Palembang itu mengadu kejadian penipuan itu ke Pusat Pelayanan Polis Bersepadu (SPKT) Polrestabes Palembang, pada Isnin malam 28 Mac 2022.

Ketua Polis Palembang Kombes Mokhamad Ngajib, mengesahkan kandungan video yang viral itu. Dan menyatakan bahawa pegawai polis sendiri menghantar lelaki itu balik.

Berdasarkan maklumat yang dikumpul polis, lelaki yang mengaku bekerja sebagai pemandu teksi motosikal (gojek) itu datang menemui pegawai SPKT sambil membawa bukti yang dibungkus dengan surat khabar.

Dia meminta polis menyiasat kejadian yang dialaminya, kerana lelaki itu merasakan dia tidak menerima bungkusan g*nja yang dibelinya bernilai dari kawasan Kampung 7 Ulu. Dan menerima barang yang ternyata palsu.

Polis kemudian menghantar lelaki itu balik kerana mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan cara dia bercakap.

Di sana pegawai bertemu dengan keluarga dan ketua RT. Ternyata memang ada benda tak kena. Keluarga lelaki itu dan ketua kampung mengesahkan lelaki berinisial IY itu telah lama mengalami gangguan mental bersama seorang lagi abangnya.

Oleh kerana fakta ini, pegawai memberitahu keluarganya agar kejadian ini tidak berulang.

Baca yang lain