[VIDEO] Lelaki Siam Ini Kongsi Tips Uruskan 8 Isteri Muda Dalam Satu Rumah

Walaupun nak dapat seorang isteri pun payah bagi sesetengah lelaki, apatah lagi nak berkahwin dua atau tiga. Namun untuk seorang lelaki Thailand, dia telah mengejutkan ramai netizen selepas kisahnya hidup bersama lapan isteri muda di bawah bumbung yang sama tular di media sosial .

Menurut Oddity Central, lelaki itu — dikenali sebagai Ong Dam Sorot — adalah seorang pelukis tatu. Dia menjadi terkenal selepas dia muncul di rancangan TV di mana dia menceritakan kisahnya. Video wawancara itu telah ditonton lebih daripada tiga juta kali di YouTube sahaja, kata laporan itu.

Beliau berkata semasa temu bual bahawa isteri-isterinya bergaul dengan baik antara satu sama lain dan kesemua mereka berkongsi “hubungan keluarga yang harmoni bersama-sama.”

Bagaimana dia bertemu dengan isterinya?

Cara dia bertemu dengan isteri-isteri mudanya juga agak menarik. Semasa temu bual, dia mendedahkan bahawa dia bertemu isteri pertamanya, Nong Sprite, di majlis perkahwinan rakannya. Dia menyukainya dan bertanya sama ada dia mahu berkahwin dengannya dan selebihnya adalah sejarah yang membawa kepada projek poligami mega.

Begitu juga apabila dia melihat isteri keduanya Nong L di sebuah pasar, ia adalah cinta pandang pertama ketika itu. Anehnya, wanita itu juga bersetuju untuk mengikat tali pertunangan dengannya walaupun mengetahui tentang isteri pertamanya. Dan isteri pertamanya menerimanya dengan hati terbuka dengan kasih sayang seorang kakak.

Kemudian dia bertemu isteri ketiganya di sebuah hospital. Sementara untuk isteri keempat, kelima, dan keenam – dia menemui mereka di platform media sosial seperti Instagram, Facebook, dan TikTok, masing-masing.

Ong Dam Sorot yang masih berpuas hati dengan semua cinta yang telah dimilikinya daripada enam isteri mudanya, bertemu seorang lagi wanita bernama Nong Film semasa dia melawat kuil bersama ibunya. Apabila dia meminta Film untuk berkahwin, dia juga tidak boleh menolak.

Menurut penerbitan itu, lelaki “bertuah” itu bertemu isteri kelapan dan terakhirnya, Nong Mai, semasa bercuti di Pattaya. Anehnya, ada empat orang isterinya telah menemaninya sepanjang percutian itu apabila dia jatuh cinta sekali lagi kepada isteri kelapannya.

Seorang lelaki yang sangat prihatin

Rahsia perkahwinannya yang berjaya nampaknya adalah kerana sifatnya yang menawan lagi penyayang. Dia sempat memberikan tips untuk menjaga rumah tangga selaku ketua keluarga kepada enam orang isteri muda.

Menurutnya, setiap orang harus jujur. Sebagai suami dia harus sentiasa prihatin dan bertolak ansur.

Bercakap kepada saluran TV tersebut, semua isterinya sebulat suara bersetuju bahawa dia adalah “lelaki yang sangat prihatin dan bertimbang rasa.”

“Dia mungkin lelaki yang paling prihatin dan bertimbang rasa yang pernah kami jumpa,” dan semua isterinya bersetuju.

“Dia melayan kami dengan baik, kami tidak ada benda pun untuk digaduhkan,” kata mereka, mengikut laporan itu.

Menurut laporan itu, Ong Dam sudah pun mempunyai seorang anak lelaki bersama isteri pertamanya, manakala dua daripada mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Dia berkata semasa temu bua itul bahawa isterinya tidur di empat bilik tidur berasingan dan “menunggu giliran mereka untuk tidur bersama suami mereka.”

“Nampaknya, tiada siapa yang mempunyai sebarang masalah dengan jadual tersebut,” kata penerbitan itu.

Apabila ditanya mengapa wanita itu memilih untuk mengahwini lelaki yang sudah berkahwin, semua wanita bersetuju bahawa mereka jatuh cinta dengannya dan memang ada perasaan sukakan suami orang, kata laporan itu.

Bukan kerana wang

Dia menafikan khabar angin bahawa wanita itu mengahwininya kerana wang, dia berkata:

“Setiap ahli dalam keluarga saya mempunyai tugas mereka, dan isteri saya memperoleh pendapatan mereka sendiri dengan melakukan kerja-kerja, atau menjual pelbagai produk, daripada makanan kepada kosmetik dan aksesori buatan tangan.”

Dia memberitahu, kalau dia kaya raya, tak mungkin dia membenarkan isterinya bekerja siang malam.

Dia juga menjelaskan ada beberapa keluarga wanita tersebut memang tidak menerima poligami. Namun dia dan wanita wanita itu berusaha memujuk dan meyakinkan mereka dan akhirnya berjaya.

Ong Dam menegaskan bahawa dia mahu setiap isteri mudanya itu berterus terang dengannya.

“Kalau ada antara mereka yang mahu bercerai, cakap dengan saya. Saya akan tanya mereka tiga kali. Dan kalau dia masih mahu bercerai, maka saya akan lepaskan dia. Ya setiap orang berhak memilih haluan masing masing. Tapi buat masa ini, perkara serupa itu belum berlaku lagi.

Baca yang lain