[Video] Lihat Back Heel Flick Assist Neymar Kepada Di Maria Yang Jahat

Neymar sekali lagi mempamerkan aksi luar biasa beliau di atas padang dengan teknik dan juga ketajaman beliau.

Kali ini Neymar membantu pasukannya PSG mara ke final dengan bergaya. Menewaskan RB Leipzig dengan keputusan 3-0.

Walaupun tidak menjaringkan gol namun Neymar telah beraksi sangat cemerlang dalam perlawanan ini.

Beliau malah mencipta satu assist yang sangat cantik kepada Angel Di Maria untuk gol kedua PSG.

Ternyata Neymar tidak mahu terlepas lagi peluang ke final UCL kali ini selepas beberapa musim mereka gagal melakukannya.

PSG di hadapan menerusi free header oleh Marquinhos. Ianya adalah marking yang sangat longgar oleh Leipzig yang bermain zonal marking.

Assist Neymar yang cantik

Sebelum rehat separuh masa pertama Di Maria menambah satu lagi gol. Ianya berpunca daripada kesilapan Gulasci yang melakukan hantaran lemah.

Bola dirampas PSG. Neymar yang menerima bola tinggi paras lutut – pada masa yang sama melihat Di Maria bebas – terus melakukan satu flick yang sangat lawa.

Ianya berlaku dengan sangat pantas sekali. Neymar menunjukkan bahawa beliau sangat cepat bertindak dan berfikir dengan melakukan lay off yang baik sekali kepada Angel Di Maria.

https://twitter.com/i/status/1295827830685736961

 

Di Maria dengan muda menyempurnakan bola tersebut untuk memastikan pasukannya terus menjarakkan diri daripada pasukan lawan mereka.

PSG menjaringkan satu lagi gol mereka pada separuh masa kedua menerusi Juan Bernat.

Ini merupakan final pertama dalam sejarah kelab PSG. Dan UCL memang sasaran utama Nasser Al Khelaifi – Presiden PSG,

Dan inilah antara sebab kenapa Neymar dibeli dengan EUR222 juta oleh PSG dari Barcelona beberapa tahun lalu.

Paris St Germain turut menjadi pasukan Perancis pertama mara ke UCL sejak 2003/04 iaitu AS Monaco.

Jika Lyon menang esok, maknanya final kali ini akan mempertemukan 2 pasukan Perancis dan juara baru UCL akan dinobatkan.

Namun Lyon perlu melepasi cabaran Bayern Munich yang masih segar dengan kemenangan 8-2 ke atas Barcelona di separuh akhir.

Prestasi luar biasa

Neymar musim ini berada dalam prestasi terbaiknya walaupun bergelut dengan kecergasan pada awal musim serta isu luar padang.

Di mana Neymar pernah merengek nak minta dijual ke Barcelona. Tetapi perpindahan itu gagal dimeterai kerana Barca tidak mampu membayar harga EUR200 juta diminta PSG selepas mereka membeli Griezmann.

Neymar kemudian memberikan fokus sepenuhnya kepada kempen musim ini bersama PSG.

Rekod assist Neymar membuktikan beliau seorang teamplayer berbanding dengan sekadar pemain individu seperti yang kerap dilabel kepadanya.

 

Keyakinan Neymar

Sebelum ini, Neymar menyatakan beliau sentiasa yakin tidak ada pasukan yang akan menghalang mereka daripada pergi ke final pada musim ini selepas 2 musim terakhir PSG kecewa gagal melakukannya.

“Tidak ada yang mampu menghentikan saya untuk berfikir bahawa kami akan mara ke final. Ini adalah permainan yang sukar, tetapi kami membuktikan diri sebagai keluarga dan pasukan yang hebat.”

“Tidak mungkin untuk berfikir bahawa kami akan tersingkir,” tambah beliau ketika itu.

 

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu