[VIDEO] Lihat Ball Progression Eric Bailly Dalam Counter Attack Gol Keempat Ini

Kita semua tahu Eric Ten Hag sangat mementingkan ball progression. Bermakna pemain yang memenangi bola di pertahanan perlu memastikan bola itu dikitar semula menjadi ancaman. Sama ada dengan larian progresif atau hantaran progresif.

Itulah sebabnya kenapa Ten Hag mahukan Tyrell Malacia di dalam pasukannya. Pemain dengan statistik ball progression yang sangat baik.

Berbeza dnegan sistem lebih rigid di mana pemain pertahanan akan meneutralkan bola sebagai keutamaan. Sama ada menghantar ke rakan di tepi atau membuang bola.

Dalam serangan balas untuk gol keempat Manchester United, Eric Bailly melakukan salah satu sampel progressive run yang sangat baik. Dia memenangi bola di zon bawah selepas kesilapan Ibrahima Konate.

Dan terus menggerakkan bola dengan larian yang sangat sharp dan tajam. Bailly melakukan 1 take ons dan menghantar kepada Facundo Pellistry.

Bailly tidak kembali ke zon bertahan, sebaliknya dia terus berlari untuk menawarkan sokongan dari depth area.

Pellistry menghantar kepada Amad dan dikembalikan semula bola kepadanya untuk gol keempat. Lihat di sini:

Masa depan Eric Bailly masih tidak menentu. Namun sudah tentunya klip video larian beliau ini akan menjadi salah satu contoh pembentangan Ten Hag tentang apa yang dia mahukan daripada seorang pemain bek tengah.

Manchester United memenangi aksi pemanas badan dengan kemenangan 4-0 ke atas Liverpool.


ย 

Baca juga:ย 

Manchester United Belasah Liverpool 4-0 Dalam Aksi Pra Musim Pertama Era Ten Hag

Aksi pra musim blockbuster di antara Manchester United dan Liverpool berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok Thailand.

Mabaya melakukan hantaran lintan rendah pada awal perlawanan tetapi De Gea dengan cekap mengeluarkan bola dengan kakinya.

Manchester United sepatutnya melakukan lebih baik pada serangan balas mereka ketika situasi 3 vs 2. Malangnya Jadon Sancho tergelincir.

Minit ke-7, David De Gea merebahkan badannya menepis hantaran Diaz yang terus menuju gawangnya.

Diaz kemudian datang lagi dengan percubaan lencong paras pinggul yang ditepis De Gea dengan baik sekali.

Manchester United kemudian menyentak semangat Liverpool dengan gol pertama minit ke-12. Ianya selepas pertahanan mudah Liverpool, Isaac Mabaya gagal mengeluarkan bola dengan kemas.

Sancho mengambil kesempatan dengan melakukan first time shot yang kemas menewaskan Alisson.

Pada minit ke-17, Rashford melalukan percubaan deras tetapi sekadar menerjah tepi jaring.

Minit ke-19, Liverpool melakukan serangan balas yang mencetuskan beberapa ancaman bahaya. Di mana David De Gea hampir ditewaskan Diaz dan Carvalho menerusi lencongan yang cantik.

Pada minit ke-26, Scott McTominay pula menguji Alisson tetapi percubaannya mudah diselamatkan.

Namun Man United melebarkan pendahuluan mereka kepada 2 gol apabila Fred melakukan chip yang sangat cantik melemaskan Alisson Becker.

Pada minit ke-36, Diogo Dalo melakukan percubaan deras yang terkena tiang. Mujur je tak 4.

Kemudian kedua dua pasukan tidak menambah sebarang gol lagi untuk membolehkan Man United di hadapan dengan 3-0 pada separuh masa pertama.

Ianya aksi separuh masa pertama yang sangat klinikal daripada Manchester United. Tidak memberikan peluang langsung kepada lawan melakukan kesilapan di dalam kotak penalti.

Bersambung separuh masa kedua, Liverpool terus tampil lebih dominan.

Tetapi mereka bergelut untuk mencipta peluang gol.

Pada minit ke-60, Klopp memasukkan beberapa pemain bintangnya termasuk pemain baharu Liverpool, Darwin Nunez.

Darwin Nunez akhirnya melakukan percubaan pertamanya minit ke-70. Tetapi ditepis oleh Heaton.

Manchester United kemudian menjadikan kedudukan 4-0 di hadapan meberusi Facundo Pellistri minit ke-77. Ianya berpunca daripada gerakan serangan balas dari bawah dan permainan kombinasi sempurna.

Pada minit akhir perlawanan, Liverpool sekali lagi melakukan percubaan yang terkena tiang. Kali ini menerusi Mo Salah yang melencongkan bola mengatasi jangkauan Heaton.

Mohamed Salah sekali lagi menguji Heaton dari jarak dekat sebelum wisel penamat. Tetapi dihadang Heaton dengan kakinya.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari