[VIDEO] Lihat Benzema Dan Vini Dah Rancang Gol Kemenangan, Chelsea Lalai

Satu footage menunjukkan Karim Benzema menjelaskan kepada Vinicius Jr apa yang perlu mereka lakukan untuk merobek gawang Chelsea telah tular.

Pada ketika itu Chelsea mendahului dengan 3-1 di hadapan pada masa ekstra.

Chelsea pada satu ketika mendahului dengan 3 gol dengan agregat 4-3.

Namun pada minit akhir sebelum waktu sebenar, Rodrygo Goes menjaringkan gol yang cantik untuk mengheret perlawanan ke masa ekstra.

Selepas mendapati agak sukar untuk menembusi gawang Chelsea, Benzema kemudian menjelaskan kepada Vinicius bahawa dia mahukan pemain itu mencipta peluang kepadanya dengan dia mencipta ruang sendiri di dalam kotak penalti.

Benzema sampai bersilat jari dia menjelaskan kepada protegenya itu tentang rancangan mereka.

Lihat di sini gelagat mereka:

Analisis Henry ini mungkin melengkapkan lagi apa yang dibualkan Vini Jr dan Benzema.

[VIDEO] Analisis Padu Thierry Henry Tentang Gol Benzema: “Dia Tanduk Ke Arah Bola Datang”

Peminat bola sepak sekali lagi ralit mendengar kehebatan Thierry Henry dalam analisisnya. Sebelum ini Henry sudah beberapa kali menghuraikan tentang gol gol penyerang di dalam arena bola sepak.

Kali ini Henry berpeluang membentangkan analisis gol juniornya Karim Benzema.

Benzema berjaya menghantar Real Madrid ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah dengan gol di masa ekstra menentang juara bertahan Chelsea.

Chelsea menang perlawanan kedua dengan 2-3, namun secara agregat, Real Madrid mara kerana gol Benzema.

Pemain berusia 34 tahun itu telah menunjukkan aksi cemerlang dalam dua perlawanan timbal balik menentang Chelsea.

Dia sempat melakukan hatrik dalam aksi di Stamford Bridge. Dan kemudian menjadi penjaring gol kemenangan secara agregat di Bernabeu seminggu kemudian.

Pemain berusia 34 tahun itu kini sudah menjaringkan 12 gol daripada 9 penampilannya dalam aksi UCL musim ini. Pemain veteran Perancis itu juga menjadi calon utama untuk Ballon d’Or 2022.

Analisis Thierry Henry melengkapkan lagi tontonan para peminat bola sepak tentang gol Karim Benzema.

Henry berkata: “Ianya istimewa. Saya berharap tiada yang mengantuk kerana kamu harus melihat ini.”

“Cara dia pergi, tengoklah, dia pergi merapati [Vinicius], dan seterusnya dia berundur untuk mendapatkan kekudanya.”

“Apa yang dia lakukan adalah, dia pergi ke arah Vinicius Jr, tengoklah di sini bagaimana mereka ada masa dan melakukan komunikasi menerusi mata. Dia kemudian berundur untuk memastikan dia menghadap gawang gol, sebagaimana yang kita sebut pada awal rancangan tadi.”

Henry kemudian menyatakan tindakan Benzema merapati Vinicius itu adalah satu bentuk komunikasi tentang di mana dia mahu menerima bola itu. Pada masa yang sama ia juga untuk memberitahu Vinicius tentang keberadaannya dalam kotak penalti dan seolah olah dia meminta beberapa saat untuk dia berada di zon terbaik bagi menerima bola.

Benzema bertindak pantas tanpa ada pemain yang mengawalnya pada masa itu membolehkan dia memasang kekudanya untuk bersedia melancarkan tandukan deras ataupun merembat masuk apabila perlu.

Henry menjelaskan dengan lebih lanjut:

“Apa yang dia lakukan, asasnya adalah, dia pergi ke arah Vinicius Jr. Dan ketika dia melihat Vinicius mahu melakukan hantaran lintang, mereka berdua berkomunikasi dengan mata mereka. Kemudian dia berundur untuk membolehkan dia menghadap gol dan menyerang bola untuk memasukkannya ke dalam gawang.”

Satu lagi yang menarik dalam analisis Henry adalah dia menjelaskan betapa cepatnya Benzema berfikir pada masa itu. Dia menghalakan tandukannya ke kedudukan awal Edouard

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari