[VIDEO] Lihat Detik Ayah Luis Diaz Dibebaskan Dan Bersatu Semula Dengan Keluarganya

Luis Diaz mungkin tidak menikmati keputusan yang baik di Toulouse, tetapi ada yang lebih penting untuk dia raikan. Di mana ayahnya akhirnya dibebaskan oleh penculik yang merupakan kumpulan bersenjata di Colombia.

Detik ayahnya dibebaskan dan bersatu semula dengan keluarganya dikongsikan di media sosial dan ramai yang terharu.

Kira kira 2 minggu yang lalu, satu berita yang kurang enak dari Colombia melibatkan keluarga Luis Diaz. Di mana ibu dan bapanya telah diculik oleh sekumpulan lelaki di sana yang meminta wang tebusan.

Ibu bapanya sudah menjadi sasaran kerana mengetahui Luis Diaz pemain bola sepak yang berpendapat berjuta juta dollar semusim. Kejadian itu berlaku di Barrancas, di La Guajira. Dengan pihak polis sudah bertindak dan sedang berusaha untuk membawa pulang ibu bapa Diaz secepat mungkin.

Ibu bapa Diaz ketika itu sedang bercuti. Dan sekumpulan lelaki dengan bermotosikal telah datang dan terus menculik mereka dengan menyumbat mereka ke dalam van yang digunakan oleh ibu dan ayah Diaz bercuti di tempat itu.

Berita itu benar benar membuatkan peminat bola sepak terkejut dan mendoakan agar keluarga Diaz selamat. Sambil memberikan mesej sokongan kepada pemain itu agar kekal kuat menghadapi dugaan.

Luis Diaz ketika itu dalam persiapan untuk aksi EPL bersama Liverpool. Dan kelab memutuskan untuk merehatkan pemain itu.

Sumber dari Colombia kemudian menyebut bahawa, ibunya kemudian sudah dibebaskan oleh penculik dan sudah selamat.

Namun polis masih berusaha untuk memastikan ayah Luis Diaz yang masih berada di tangan penculik.

Dalam aksi EPL minggu lalu, Luis Diaz sempat meraikan golnya ketika menentang Luton meminta agar ayahnya dibebaskan.

Penculik sudah berjanji akan membebaskan ayah Luis Diaz dan mereka menyatakan mereka silap kerana tidak membebaskan ayah Diaz lebih awal.

Kerajaan dan polis Colombia berusaha memujuk agar ayah Diaz tidak diapa-apakan memandangkan Diaz adalah permata negara itu dalam arena bola sepak.

Dan semalam, ayah Luis Diaz akhirnya dibebaskan selepas 12 hari menjadi mangsa culik.

Detik itu membuatkan ramai terharu melihat ayah Diaz. Ayahnya dilihat dalam keadaan masih terkejut dengan apa yang menimpanya. Saksikan di sini:

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali