[VIDEO] Lihat Killer Pass Abimanyu Yang Menghasilkan Assist Terjahat ‘Iniesta-esque’

Bintang muda JDT, Syahrian Abimanyu beraksi dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang Thailand. Di mana beliau mewakili negaranya Indonesia yang rata rata dibarisi ramai pemain muda.

Pemain berusia 22 tahun itu melakukan assist yang sangat jahat. Dalam bola sepak, perkara yang paling sukar dilakukan adalah melakukan assist dengan killer pass dari tengah. Ianya bukan seperti melakukan cross dari tepi atapun cutback dari kawasan garisan gol.

Lihat di sini , bagaimana Abimanyu melakukan assist yang memukau yang disudahkan oleh Kadek Agung.

Jadi, kita harus bersetuju bahawa assist seperti itu adalah tipikal assist ala Iniesta. Di mana ianya memerlukan visi ditambah dengan pergerakan tanpa bola oleh Kadek Agung yang menyusup dari belakang pertahanan.

Kombinasi sempurna itu ditambah dengan penyudah yang sempurna lantas telah menghasilkan gol sempurna.

Indonesia dua kali bangkit untuk mengikat Thailand 2-2 dalam aksi di Stadium Al-Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Thailand di hadapan seawal minit ke-5 menerusi Narubadin Weerawatnodom.

Thailand mendominasi perlawanan dan bergerak pantas menerusi dua bahagian sayap mereka. Namun Indonesia menemui jawapan untuk menyamakan kedudukan menerusi gol minit ke-38, oleh  Kadek Agung.

Separuh masa kedua, Indonesia sekali lagi ketinggalan dalam 5 minit pertama selepas sepak mula. Bintang andalan Thai, Adisak Kraisorn memastikan pasukannya kembali di hadapan.

Namun kali ini, Indonesia terus membalas gol itu pada minit ke-59. Sekali lagi imaginasi luar biasa perancang mereka mencetuskan gol tersebut. Egy Maulana melakukan hantaran lob yang menemui Evan Dimas.

Bekas pemain Selangor itu dengan kawalan bola sangat kemas dan melakukan rembatan terus gol.

Dua gol yang sangat berkualiti daripada skuad Indonesia. Membuatkan Thailand berputih mata sekaligus mempersiakan peluang untuk menjarakkan diri dari Malaysia yang tewas dalam satu lagi perlawanan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di