[VIDEO] Lihat Kylian Mbappe Berlari Cecah Top Speed 36kmj Dan Skor Gol

Adakah Kylian Mbappe merupakan pemain bola sepak terpantas di dunia oada ketika ini?

Mungkin ramai berkata ya, paling tak pun berada dalam 5 terpantas.

Dan Mbappe menunjukkan sekali lagi pada aksi ‘Le Classique’ antara PSG dan Marseille bahawa lariannya berada dalam tahap tersendiri untuk seorang pemain bola sepak.

Mbappe, memecahkan kebuntuan pada minit kesembilan di Stade Velodrome dengan penyudah tenang hasil serangan balas PSG yang sepantas kilat.

Marseille mengambil sepakan sudut tetapi PSG berjaya menyerang balas dengan pantas dan menghukum lawan mereka dengan cara dan larian Mbappe yang kejam.

Mbappe, yang berdiri di dalam kotak kecil penjaga gol PSG, ketika bola dikeluarkan, dan memecut laju sekali dari sayap kiri. Angel Di Maria kemudian menghantar bola kepadanya.

Kepantasan Mbappe membolehkannya mengatasi pemain pertahanan Marseille. Dia kemudian memasukkan bola melewati penjaga gol Steve Mandanda dengan kaki kirinya.

Menurut Canal +, Mbappe mencapai kelajuan tertinggi 36km / j dengan lariannya. Luar biasa.

Berapa ramai agaknya pemain bola sepak lain yang dapat menandingi kepantasan itu?

Menurut FIFA 21, Mbappe adalah pemain bola sepak terpantas di dunia selain daripada pemain bek sisi Bayern Munich, Alphonso Davies dan pemain Wolves Adama Traore (semuanya mempunyai 96 top  speed).

Saksikan serangan balas luar biasa itu di sini:

Sebagai perbandingan, Top End Sports melaporkan, pelari acara 100m olimpik mencapai kelajuan tertinggi pada kadar purata 37.58 km/j. Nampaknya Mbappe tidak jauh daripada catatan tersebut.

Ianya kombinasi sempurna dengan penyudah yang sempurna. Jika Mbappe tidak menjaringkan gol itu, orang akan lupa dengan larian ikonik tersebut.

Memang berdesup larian Mbappe. Letaklah sesiapa sahaja di situ, pasti tak mampu menghentikannya.

Sebelum ini Gareth Bale pernah mencatkan kelajuan maksimum 34.6 kmj ketika berlari menewaskan Marc Bartra.

Namun satu kajian menyatakan bahawa Bale boleh mencecah kelajuan sehingga 36.9 km/j pada peak lariannya.

Bale mungkin tidak dapat kelajuan yang sama lagi pada hari ini kerana faktor usianya. Jadi, Kylian Mbappe dilihat calon terbaik menjadi pemain bola sepak dengan larian terpantas.

Gol tersebut adalah gol ke-108 Mbappe dalam penampilan beliau ke-150 bersama dengan PSG.

PSG menang 2-0 ke atas Marseille. Di mana satu lagi gol Marseille disumbangkan oleh Mauro Icardi.

Dan kini PSG mengkori rapat Lyon dan Lille yang berada di tangga teratas. PSG di tangga ketiga dengan 51 mata, Lyon 52 mata dan Lille dengan 54 mata.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di