[VIDEO] Lihat Screamer Bak Peluru Trent: “5 Tahun Saya Menunggu Detik Ini”

Trent Alexander Arnold melakukan salah satu gol tercantik dalam kariernya. Sebenarnya Arnold kalau skor memang gol dia lawa lawa, sebab kebanyakannya adalah daripada rembatan luar kotak ataupun sepakan percuma.

Dalam aksi di Anfield, Liverpool melayan kunjungan Newcastle, dalam usaha The Reds terus merapati Manchester City dalam carta liga.

The Reds beraksi tanpa bek tengah berpengaruh mereka, Virgil Van Dijk. Memberikan peluang kepada Ibrahima Konate untuk menjadi ketua di pertahanan.

Walaupun dominan pada awal perlawanan, Liverpool terlebih dahulu dikejutkan Newcastle. Dan ianya adalah daripada bekas pemain mereka sendiri iaitu Jonjo Shelvey yang melakukan rembatan deras menewaskan Alisson dari luar kotak penalti.

Liverpool dihukum selepas agak kasual dalam bertahan. Memberikan ruang kepada Newcastle melakukan sesuatu ke atas mereka.

Gol tersebut seolah olah memberikan peringatan kepada Liverpool. Dan mereka segera tersedar dari lamunan.

Pada minit ke-21, Diogo Jota menyamakan kedudukan. Berlaku pergelutan sesama pemain Newcastle. Dan mereka meminta pengadil membatalkan gol itu kerana ada pemain mereka cedera di dalam kotak penalti.

Namun Mike Dean tetap mengesahkan gol tersebut.

Berselang empat minit kemudian giliran Mohamed Salah menambah gol kedua Liverpool. Menjadikan Salah kini sudah menjaringkan 22 gol untuk Liverpool sebelum Natal.

Gol itu membuatkan Mohamed Salah mencipta satu lagi sejarah. Di mana dia mengulangi pencapaian Jamie Vardy sebagai pemain paling panjang terlibat dalam sumbangan gol sama ada menjaringkan gol atau melakukan assist sebanyak 15 perlawanan berturut turut.

Pada separuh masa kedua, Liverpool langsung tidak memberikan peluang untuk Newcastle bangkit. Mereka memperkemas rentak dan berterusan menyerang Newcastle.

Skuad bimbingan Eddie Howe kemudian terpaksa kehilangan Allan St Maximin yang tidak dapat meneruskan perlawanan.

Kemasukan Naby Keita dan Firmino memberikan kesegaran di serangan Liverpool. Liverpool terus dominan di tengah dan melakukan high pressing yang lebih kemas.

Liverpool berterusan mengasak. Dan akhirnya Trent Alexander Arnold mencetak gol yang sangat cantik.

Gol berpunca daripada sepakan percuma. Bola ditolak kepada Trent Alexander Arnold, yang tanpa ragu terus melakukan sepakan roket menewaskan penjaga gol lawan.

Gegak gempita Anfield dibuatnya. Gol yang sangat cantik itu terhasil pada minit ke-87.

Kredit juga kepada Roberto Firmino yang menggolekkan bola untuk beliau. Terus dapat 1 assist tu pada hari kepulangan semula Firmino ke dalam pasukan Liverpool selepas berehat kerana kecederaan.

Saksikan beberapa siri rakaman perbuatan Arnold di sini, ini adalah daripada rakaman oleh penyokong dari dalam stadium Anfield:

Selepas tamat perlawanan Trent menyatakan bahawa dia menunggu momen melakukan screamer seperti itu di Anfield sejak 5 tahun yang lalu.

Selain daripada gol yang lawa persis Lalisa, Trent juga menjadi pemain pertama mencipta lebih 100 peluang dalam EPL sejak 2021. Itu menurut sumber Opta.

Membuktikan bahawa beliau memang bek sisi yang sangat kreatif. Tidak hairanlah dia sentiasa mencipta assist yang banyak dalam beberapa musim terakhir ini.

Tamat perlawanan, Liverpool 3 Newcastle 1. Nampaknya Eddie Howe benar benar tidak sabar menantikan Januari untuk memperbaiki prestasi pasukannya, dengan cuba membawa masuk beberapa pemain baharu.

Kemenangan ini mengekalkan Liverpool di tangga kedua dengan 1 mata di belakang Manchester City dan 3 mata di atas Chelsea. Ini kerana Chelsea keciciran mata di Stamford Bridge.

Chelsea terikat 1-1 dengan Everton yang dikendalikan bekas pengurus yang membantu mereka menjuaral Europa League iaitu Rafa Benitez.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di