[VIDEO] Lihat Spinazzola Rai Kejayaan Itali Ke Final Dari Rumahnya Selepas Pembedahan

Gigio Donnarumma tidak dapat menahan air mata setelah kemenangan Itali ke atas Sepanyol dan Azzurri mendedikasikan kemenangan mereka kepada Leonardo Spinazzola.

Itali menempah tempat di perlawanan Final EURO 2020 selepas menewaskan Sepanyol menerusi sepakan penalti di Stadium Wembley.

Pemain permainan Chelsea, Jorginho berjaya menyempurnakan sepakan terakhir setelah Gigio Donnarumma menepis sepakan Alvaro Morata.

Penjaga gol PSG itu teresak-esak ketika meraikan bersama rakan sepasukannya selepas perlawanan.

“Segalanya ada dalam kepala saya pada masa itu, tidak mudah, tetapi dengan kekuatan kumpulan ini, kami berjaya sampai di sana [final],” kata Donnarumma kepada Sky Sport Italia.

Azzurri mendedikasikan kemenangan itu kepada rakan sepasukannya, Leonardo Spinazzola yang mengalami kecederaan tendon Achilles yang serius pada peringkat suku akhir menentang Belgium.

Spinazzola baru sahaja menjalani pembedahan dan akan  berehat panjang daripada bola sepak.

Para pemain Itali menyanyi: Ole ole ole ole, Spinazzola.

Donnarumma, Federico Chiesa dan Leonardo Bonucci kesemuanya menyebut nama pemain pertahanan Roma itu dalam temu ramah selepas perlawanan. Penjaga gol Itali, Donnarumma, mendedahkan Spinazzola telah menghantar video ucapannya dan kata kata semangatnya dalam kumpulan Whatsapp Itali sebelum perlawanan.

Lorenzo Insigne mempamerkan jersi Spinazzola ketika meraikan bersama rakan sepasukannya, yang, bersama-sama, menyanyikan lagu untuk pemain berusia 28 tahun itu.

Ia adalah malam yang tidak dapat dilupakan bagi Azzurri di Wembley, di mana mereka akan kembali pada hari Ahad untuk menghadapi England atau Denmark di Final.

Lebih bermakna, keraian Insigne dan rakan rakannya itu turut disaksikan Spinazzola dari rumahnya. Pemain itu meraikan kejayaan penalti Jorginho dengan girang, walaupun kakinya berbalut dengan pendakap kaki.

Beliau dapat merasai detik itu seolah olah berada di dalam padang dengan rakan rakannya.

Sebelum ini para pemain Itali menyorak nama Spinazzola dalam pesawat mereka, tanda sokongan kepada rakan mereka yang menjalani rawatan kakinya.

Spinazzola telah menjadi pemain penting Itali dalam Euro kali ini. Beliau menjadi pemain yang cemerlang untuk Itali dengan kemampuan bertahan dan membantu barisan serangan pasukannya.

Kecederaan Leonardo Spinazzola bukan sahaja satu tamparan keapda Roberto Mancini, malah satu tampara keapda pengurus AS Roma yang baru, Jose Mourinho.

Leonardo Spinazzola telah menjadi bintang utama AS Roma sepanjang musim 2020/2021.

Dalam video yang dimuat naik oleh Jose Mourinho di Instagram, The Special One mendedahkan bahawa Leonardo Spinazzola tidak akan memperkuat AS Roma untuk beberapa bulan akan datang.

“Kami semua sedih dengan kehilangan Spinazzola selama beberapa bulan, tetapi itulah bola sepak dan kami harus bersedia untuk memulakan (latihan pra-musim) minggu depan,” kata Jose Mourinho di Instagram.

Oleh kerana itu, Jose Mourinho dilaporkan telah meminta AS Roma untuk mencari pengganti bagi mengisi posisi bek kiri.

Laporan dari Itali menyatakan, AS Roma mengintai dua pemain iaitu Federico Dimarco dan Mitchell Dijks.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di