[VIDEO] Lihat Total Football Memecahkan Blok Pertahanan 2 Banks Of Four Itali

Itali sekali lagi gagal mencipta kemenangan dalam Liga Negara Eropah ketika bertemu Belanda.

Walaupun mendahului dalam perlawanan ini, namun Itali gagal mempertahankan margin gol yang terlalu tipis itu.

Perlawanan ini hanya ada dua gol, namun kedua duanya sangat sedap dan berkualiti.

Itali mendahului pada minit ke-16 menerusi gol Lorenzo Pellegrini yang menerima umpanan pembunuh/ killer pass menyilang mengatasi garisan pertahanan akhir Belanda.

Assist daripada Barella itu sangat cantik dan imaginatif.

Tetapi Belanda berjaya membalas melalui rembatan Donny Van de Beek pada minit ke-25. Menariknya gol ini dibina dengan gaya total football.

Menggunakan hantaran rendah yang pantas dan tidak banyak sentuhan bola oleh seorang pemain.

Van De Beek awalnya hampir tidak bernasib baik kerana menghadang percubaan rakannya sendiri, namun bola yang terbias padanya terus disambar dengan pantas pemain tengah baru Man United itu.

Penjaga gol langsung tiada peluang untuk menyelamatkan gol itu. Itali membentu pertahanan dengan 2 bank of four. Namun struktur itu dipecahkan oleh permainan yang sangat cantik daripada Belanda.

Van De Beek antara pemain yang memiliki naluri poaching yang kuat dalam kotak penalti. Ini bukan pertama kali nalurinya berjaya memberikannya pulangan.

Keputusan ini menjadikan Itali kini turun ke tempat kedua dalam kedudukan Kumpulan A1 dengan 6 mata dari 4 perlawanan.

Mereka dipintas oleh Poland, yang menumbangkan Bosnia-Herzegovina 3-0 dan mengumpulkan 7 mata. Sementara Belanda menduduki tempat ketiga dengan 5 mata.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di