[VIDEO] Lukaku Ter’block’ Tandukan Sanchez, Sehari Selepas Iktiraf Dirinya Striker Top 5 Di Dunia

Romelu Lukaku melakukan satu block yang tak sengaja di hadapan gol Shakhtar Donestk dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.

Inter Milan memerlukan kemenangan untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juara Juara Eropah.

Keputusan seri tidak akan bermakna bagi Inter Milan.

Inter berusaha keras sepanjang 90 minit. Mereka melakukan 20 percubaan ke arah gol. 4 on target. Namun tidak satu pun masuk.

Dan pada satu momen, Lukaku menghadang percubaan Alexis Sanchez. Bola tersebut adalah on target pada minit ke-88.

Lukaku sendiri menunjukkan reaksi kecewanya di atas ketidaksengajaannya. Kerana dia tahu bahawa hadangan itu mungkin baru sahaja menghadang gol kemenangan yang mereka cari.

Lukaku memegang kepalanya sebagai reaksi bahawa dia sangat kecewa di atas apa yang berlaku.

Jika bola itu masuk kerana terbias pada Lukaku sekalipun, gol akan dibatalkan kerana Lukaku berada di kedudukan ofsaid, di hadapan penjaga gol lawan.

Inter Milan tersingkir daripada peringkat kumpulan. Lebih perit mereka malah gagal mara ke UEL sekalipun.

Rekod buruk itu membuatkan Inter terus gagal ke kalah mati UCL sejak 2011/12. Dan ini pertama kalinya Inter menamatkan saingan peringkat kumpulan UCL di tangga tercorot.

Lukaku: Aku top 5!

Romelu Lukaku sebelum perlawanan telah berkongsi kepercayaannya bahawa dia adalah salah satu daripada lima penyerang terbaik di planet ini sekarang ini.

Dan Lukaku menolak untuk meletakkan had di mana dia boleh pergi.

Lukaku berkata: “Secara taktikal, dari segi kedudukan dan pergerakan saya, saya tidak boleh silap. Tidak pernah.”

“Saya berada dalam lima penyerang teratas di seluruh dunia.”

“Sekiranya Cristiano Ronaldo, Messi dan Lewandowski telah melampaui batas, mengapa saya juga tidak boleh?”, Jelasnya dalam wawancara dengan majalah sukan Perancis, France Football.

Lukaku telah bersama Inter sejak Musim Panas 2019 dan menjadi penggempur berbisa Inter Milan.

Hanya ada beberapa pemain, termasuk Ronaldo dan Lewandowski, yang berjaya menjaringkan lebih banyak gol daripada beliau.

Penyerang pasukan kebangsaan Belgium itu benar-benar produktif dalam 18 bulan dengan Inter telah menjaringkan 46 gol dalam 64 penampilan di semua pertandingan untuk kelab.

Di mana dia juga telah memberikan lapan bantuan gol untuk rakan sepasukannya.

Musim ini, pemain berusia 27 tahun  telah menjaringkan 12 gol dalam 13 penampilan. Dia juga telah memberikan dua assist.

Sebelum menyertai Inter, Lukaku bermain di kelab seperti Chelsea, Man United, Everton dan West Brom.

Berdasarkan rekodnya bersama dengan Inter, itulah sebabnya Lukaku yakin dia kini berada dalam senarai penggempur terbaik dunia.

Korang rasa macamana?

Sebelum ini Christian Vieri melabel Lukaku sebagai penyerang terbaik di dunia ketika ini mengatasi Luis Suarez, Lewandowski dan Harry Kane.

Kenyataan itu disanggah oleh seorang lagi bekas pemain Itali, Cassano yang berkata: “Persetubuhan keluar, dia tak berada di 5 teratas pun. Secara fizikal dia memang ‘beast’. Tapi tu je la [aset dia].”

Baca yang lain