Video: Maguire Tersilap Marking Kawan Sendiri Sehingga Bissaka Tak Bisa Bergerak

Manchester United mempersia siakan peluang untuk naik ke tangga ketiga apabila bolos pada minit ke-96.

United ketinggalan awal, apabila Amstrong menjaringkan gol pembukaan untuk pasukan pelawat.

Segalanya bermula apabila Paul Pogba yang ditekan telah melakukan kesilapan.

Namun United memberikan respon yang sangat baik dan bertanggungjawab. Di mana Marcus Rashford menyamakan kedudukan pada minit ke-20.

Dan tidak lama kemudian, pada minit ke-23, seorang lagi pemain yang sedang dalam form terbaik, Anthony Martial telah menjaringkan gol kedua dan memberikan Man United pendahuluan.

Pada separuh masa kedua, United agak longgar, dan lawan mereka banyak menyerang.

Ketika Ole Gunnar Solskjaer sudah sedia menerima salam 3 mata daripada pengurus Soton, beliau dikejutkan dengan gol penyamaan pasukan pelawat menerusi pemain gantian, Obafemi.

Obafemi melakukan gerakan yang licik dan memperdaya Lindelof.

Namun sebelum bola singgah di kaki Obafemi, Harry Maguire telah tersilap marking kawan sendiri iaitu Wan Bissaka. Beliau menekan secara fizikal kawannya dan hilang bola.

Kecelaruan marking itu membawa padah buat United yang memerlukan kemenangan.

https://twitter.com/i/status/1282781283047931906

Terkedu dan terpaku Bissaka, tidak bisa berbuat apa apa.

Video itu cepat tersebar di media sosial. Ramai yang kecewa dengan pemain pertahanan tengah termahal dunia itu.

Namun selepas tamat perlawanan Maguire dengan pantas menyatakan mereka memang tak cukup bagus dalam perlawanan ini.

Dan beliau menyeru rakan rakannya untuk bangkit memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik di perlawanan akan datang.

Manchester United masih tak kalah dalam 18 perlawanan. Namun mereka dalam masa yang sama mempersiakan peluang terbaik untuk berada di tempat lebih selesa dalam persaingan ke UCL.

United kekal di tangga kelima dengan perbezaan jaringan berbanding dengan Leicester City.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di