[VIDEO] Menjelaskan Kenapa Penalti England Diberikan Pengadil Walaupun Kane Di Kedudukan Offside

Sepakan penalti lewat perlawanan oleh Harry Kane telah menyelamatkan pasukan Three Lions bimbingan Gareth Southgate daripada kekalahan sekali lagi dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah yang sengit di Jerman.

Gol itu membolehkan Kane menjadi orang kedua yang menjaringkan 50 gol untuk England.

Walaupun Jerman menguasai 63% perlawanan, namun dari segi ciptaan peluang dan percubaan gol memihak kepada England.

The Three Lions tiba di Munich untuk cuba mengulangi kemenangan aksi peringkat 16 terakhir Euro 2020 yang tidak dapat dilupakan musim panas lalu menentang Die Mannschaft dan mahu bangkit daripada kekalahan mengejut hari Sabtu kepada Hungary yang tidak dijangka sama sekali.

Perlawanan kedua daripada empat perlawanan Liga Negara-Negara dalam tempoh 11 hari ini juga kelihatan akan berakhir dengan kekalahan selepas Jonas Hofmann menjaringkan gol untuk Jerman.

Namun Harriy Kane menjaringkan penalti lewat dan memastikan keputusan seri 1-1 untuk England.

Bertempat di Allianz Arena, di mana Jerman mempamerkan aksi cemerlang pada separuh masa pertama. Thomas Muller dan Hofmann menyaksikan gol mereka dibatalkan, manakala bekas pemain antarabangsa England Bawah-21 Jamal Musiala menunjukkan prestasi sangat memberangsangkan.

Bukayo Saka dua kali mengancam Jerman pada masa kecederaan ketika England akhirnya mendapat peluang terbaik dalam perlawanan ini.

Tetapi Jerman mendahului pada minit ke-51 apabila Joshua Kimmich melakukan hantaran kepada Hofmann untuk menewaskan Jordan Pickford dengan mudah.

Penjaga gol England memastikan pemain pemain Jerman tidak melanjutkan lagi kelebihan tuan rumah.

Neuer melenturkan badannya untuk menafikan percubaan bahaya dari luar kotak penalti oleh pemain tengah Chelsea iaitu Mason Mount.

Kemudiannya, penjaga gol veteran, Manuel Neuer cemerlang di gawangnya. Dia menafikan percubaan jarak dekat Harry Kane dengan bergaya sekali.

Pada minit ke-70, Muller sekali lagi menguji Jordan Pickford dengan percubaan cantik dari dalam kotak penalti, tetapi Pickford bingkas menepis bola di near post.

Malangnya, pada minit akhirnya perlawanan, pengadil Carlos Del Cerro Grande menunjuk titik penalti selepas melihat semula cabaran Nico Schlotterbeck ke atas Kane.

Kenapa penalti diberikan walaupun Kane ofsaid?

Kane yang pada awalnya kelihatan sudah pun ofsaid terlebih dahulu. Tetapi pengadil masih merasakan bahawa ianya adalah penalti. Hal ini kerana bola ofsaid tersebut datang daripada sentuhan kaki pemain Jerman.

Ramai yang kurang jelas tentang peraturan melibatkan deliberate play.

Deliberate adalah satu tindakan sengaja ke atas bola. Dan ianya tidak semestinya melibatkan situasi pemain Jerman dengan sengaja menghantar bola kepada Kane.

Tetapi, tindakan deliberate atau sengaja daripada cubaan pemain Jerman yang berniat cuba menyentuh bola itu tetapi dalam kes ini, pemain melakukan kesilapan.

Dalam situasi ini, kesilapan pemain Jerman itu membuatkan Kane tidak dikira ofsaid.

Jadi tiada tanda tanda bahawa pemain Jerman dalam keadaan dia menyentuh bola dalam keadaan tidak sengaja atau deflection yang dia tak sedari:

Kane  tenang untuk menghantar penjaga gol berpengalaman itu itu ke arah yang salah dan kini dia menghampiri Wayne Rooney dengan rekod 53 gol.

Tamat perlawanan Jerman 1 England 1.

Keputusan ini meletakkan pasukan England kini di tangga tercorot dalam kumpulan A3 selepas hanya mampu mengutip 1 mata daripada 2 perlawanan. Jerman di tangga ke-3 dengan 1 mata.

Sementara Itali memintas Hungary untuk mendahului kumpulan A3 selepas mereka mencipta kemenangan ke atas Hungary yang sebelum itu turun sebagai pendahulu kumpulan A3.

Nampaknya kumpulan ini masih sangat sangat terbuka.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu