[VIDEO] Messi Miss Penalti, Courtois Dedahkan Dia Dah Study Sepakan Penalti Messi

Lionel Messi memiliki peluang terbaik untuk menjadi wira kemenangan pasukannya berdepan dengan seteru lamanya, Real Madrid.

Di mana pemain antarabangsa Argentina itu diberikan kepercayaan untuk mengambil sepakan penalti.

Malangnya Messi mempersiakannya. Dan sepakan beliau diselamatkan oleh Thibaut Courtois. Penjaga gol Real Madrid itu berjaya mengagak dengan tepat sasaran Messi ke sebelah bawah ke kiri penjaga gol.

Mujur Kylian Mbappe berjaya menjaringkan gol kemenangan sangat lewat dalam aksi di Parc Des Princes.

Mbappe dengan mudah melepasi dua pemain Real Madrid dengan kelicikannya dan kemudian merembat masuk menewaskan Courtois.

 

Lionel Messi secara keseluruhannya beraksi dengan baik dan terlibat dalam banyak gerakan bahaya PSG. Cuma beliau gagal untuk mendapatkan gol yang dicarinya.

PSG menentang Real Madrid dianggap perlawanan tumpuan utama dalam pusingan 16 akhir UCL musim ini.

Ini termasuk perseteruan di antara kedua dua pasukan dalam mendapatkan tandatangan Kylian Mbappe.

 

PSG dominan

PSG mendominasi perlawanan dengan serangan bertalu talu ke kubu Real Madrid. Sepanjang perlawanan PSG melakukan 21 percubaan ke gawang Real Madrid berbanding cuma 3 daripada Madrid.

Dari segi percubaan tepat, PSG mencatatkan 8 percubaan tepat, dan langsung tiada percubaan tepat daripada Real Madrid.

Carlo Ancelotti jelas sekali berpuas hati dengan kedudukan 0-0. Namun terpaksa akur apabola pasukan lamanya itu mendapatkan gol lewat perlawanan.

Namun harus diingat bahawa format musim ini tiada lagi kelebihan gol di tempat lawan. Maka perlawanan di Bernabeu pastinya akan menjadi perhatian sekali lagi.

Courtois: Kami kaji Messi

Selepas tamat perlawanan, Courtois menyatakan bahawa Real Madrid mengkaji permainan Lionel Messi termasuk penaltinya. Dan ianya benar benar membantu mereka untuk mengurangkan impak Messi di kawasan gol.

Courtois sendiri berjaya menafikan penalti Messi. Dan menegaskan bahawa, dia mendapati Messi akan sentiasa menuju ke arah kiri penjaga gol dalam perlawanan besar ataupun penting.

Cuma Courtois agak kecewa apabila melepaskan bolos pada lewat perlawanan.

PSG masih lagi menjadikan UCL sebagai keutamaan dalam misi mereka. Ianya adalah piala yang menjadi idaman Nasser Al Khelaifi untuk disimpan di kabinet trofi PSG.

 

Baca yang lain