[VIDEO] Neymar Dive Dalam Aksi Persahabatan Di Jepun

Neymar Jr memiliki reputasi yang kuat sebagai seorang pemain yang kerap melakukan simulasi atau dive. Terbaru dalam aksi pra musim menentang Gamba Osaka, pemain PSG itu tidak peduli sama ada itu hanya perlawanan persahabatan. Dia sempat melakukan dive untuk memenangi penalti bagi pasukannya. Ada yang melabel ia sebagai world class dive.

Juara Ligue 1 – PSG, meraih kemenangan 6-2 dan mendahului 4-1 sebelum rehat.

Pablo Sarabia, Neymar, Nuno Mendes dan Lionel Messi semuanya menjaringkan gol dalam tempoh 45 minit pertama yang mendebarkan.

Gol pertama Neymar dari sepakan penalti dan cara dia memenanginya adalah sangat kontroversi. Ulang tayang menunjukkan dengan jelas Genta Miura menarik kakinya selepas menjatuhkan badannya untuk memenangi bola. Melihat Neymar menukar arah bola, Genta kemudian cuba mengelak daripada terbentes kaki Neymar. Kalau ada pun, ianya mungkin sangat minimum sentuhan itu.

Itu tidak menghalang Neymar daripada merebahkan dirinya ke atas padang dan berguling ke arah kamera dalam keadaan meraung kesakitan.

Miura dan rakan sepasukannya merayu kepada pengadil agar memberikan kad kuning kepada Neymar. Namun pengadil terus menunjukkan ke arah titik penalti. Neymar kemudian menyempurnakan sepakan penaltinya dan menggandakan pendahuluan pasukannya pada ketika itu.

Aksi dive Neymar itu menjadi perhatian warga maya yang menganggap Neymar sangat biadap. Dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian dalam aksi pra musim.

Saksikan aksi diving itu di sini:

Pemain antarabangsa Brazil itu dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik generasinya. Dia sangat lincah dan penuh dengan skil di kakinya ketika bersama bola. Tetapi kelakuan dan reputasinya di atas padang seringkali membuatkannya tidak digemari seperti mana Ronaldinho atau R9.

Neymar mempunyai reputasi untuk menambah kuah dalam reaksinya ke atas cabaran yang diterimanya.

Seorang peminat berkata: “Mengapa dia melakukan simulasi dalam perlawanan persahabatan?”

Tweet kedua: “Adakah ini perlu? Mereka sudah menang kot.”

Seseorang berkata: “Pemain yang begitu lembut, sentiasa berguling-guling dalam kesakitan palsu.”

Sementara yang lain menambah: “Dia melakukan ini untuk merosakkan dirinya sendiri.”

Kylian Mbappe menjaringkan satu lagi penalti pada lewat separuh masa kedua untuk menjadikannya empat kemenangan daripada empat di bawah pengurus baharu Christophe Galtier.

Neymar telah dikaitkan dengan perpindahan dari Parc des Princes pada musim panas ini dan kelab itu dikatakan terbuka untuk pemergiannya. Walaupun begitu, pemain termahal dunia itu berminat untuk terus kekal.

Neymar kemudian membidas pengkritik yang sentiasa cuba mencari alasan untuk mengkritiknya. Kerana menurut Neymar, mereka sudah tak ada benda nak buat dan masih tak mampu menghalangnya untuk terus menikmati kejayaan di dalam padang.

Dia memberitahu pemberita minggu lalu: “Saya mahu kekal di kelab ini. Saya masih di bawah kontrak selama beberapa tahun. Setakat ini, kelab tidak memberitahu saya perkara seperti ini [tentang mahu saya pergi]. Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dibuktikan kepada sesiapa. Orang ramai mengenali saya, tahu siapa saya, bagaimana saya berkelakuan di atas padang, apakah gaya permainan saya.”

“Saya tidak perlu membuktikan diri saya. Saya hanya perlu bermain bola sepak saya untuk gembira. Orang ramai bercakap terlalu banyak [tentang saya]. Dan mereka terlalu banyak bercakap kerana mereka tidak boleh berbuat apa-apa lagi [untuk menghalang saya].”

PSG sekali lagi menjadikan UCL sebagai sasaran utama mereka. Satu satunya piala idaman Nasser Al Khelaifi yang belum ada dalam kabinet PSG.

Baca yang lain