[VIDEO] Pemain Ini Dapat Kad Kuning Kerana Gol Menganjing, Tak Ada Semangat Kesukanan

Penyerang Stuttgart, Silas Wamangituka diberi kad kuning kerana kelakuan tidak ada semangat setelah dia menjaringkan salah satu gol paling tidak sopan dan mengajing dalam sejarah bola sepak.

Momen kontroversial itu berlaku pada waktu kecederaan, ketika pertembungan aksi Bundesliga di antara Stuttgart menentang Werder Bremen pada petang Ahad.

Keadaan kucar kacir di antara pertahanan dengan penjaga gawang gol Bremen – Jiri Pavlenka dan bek tengah Omer Toprak – di luar kotak penalti membuatkan pemain itu memintas bola.

Silas mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Dan ketika Pavlenka yang tidak berdaya mendongak ke langit dengan rasa tidak percaya akan kesilapan seperti itu, Wamangituka pula berjalan ke garisan gol dengan perlahan, menunggu ada pemain mengejarnya sebelum meledak gol untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Pavlenka pergi mengejar Silas melihat pemain itu menunggunya.

Silas menambah gol kedua peribadinya dalam perlawanan tersebut.

Gelagat Wamangituka tidak disenangi pemain lawan terutama sekali penyerang Bremen Davie Selke, yang berkonfrontasi dengan penyerang itu.

Selke sangat kecewa dengan sikap Silas yang menurutnya biadap dan tidak ada semangat kesukanan.

Pengadil campur tangan dan melayangkan kad kuning kepada Silas kerana kurang semangat kesukanan. Dan ia adalah salah satu momen pelik aksi akhir minggu ini dilahirkan.

Selke turut menjaringkan gol pada masa kecederaan. Namun terlalu lewat untuk mereka bangkit. Bremen tewas 2-1.

Pemain pertahanan Stuttgart Marc Oliver Kempf menghamburkan pujian ke atas penjaring gol Wamangituka selepas wisel penamat.

“Kami memasuki permainan ini dengan tujuan untuk memperoleh tiga mata. Kami dapat membina prestasi ini.” katanya.

“Silas [Wamangituka] membawa masuk banyak semangat, kekuatan fizikal dan kecepatan.”

“Dia selalu berjaya mencipta ruang dan bahaya. Ini menjadikannya lebih baik sehingga dia berjaya menolong kita dengan dua golnya hari ini.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di