[VIDEO] Pemain Wolves Kecewa Dapat Kad Merah Selepas ‘Karate Kick’ Grealish

Nathan Collins pada ketika ini berada di senarai teratas untuk aksi terjahan paling ganas di EPL musim ini, setakat ini.

Dia melakukan aksi mirip karate kick ke atas Jack Grealish.

Pundit TalkSports sempat menyindirinya: “Sebelum ini kita melihat tahap athleticism pada Haaland ketika menjaringkan gol. Collins pun ada keupayaan yang sama cuma dia salah guna di tempat yang tak sepatutnya.”

Dalam aksi UCL antara City dan Dortmund, Haaland melakukan gol yang disifatkan Guardiola sebagai mirip kepada gol Johan Cruyff satu ketika dahulu. Di mana Haaland menerima hantaran Cancelo dengan menghulurkan kakinya dan terus memasukkan bola.

Hari ini dalam aksi EPL, Jack Grealish menjadi mangsa jurus tendangan karate daripada Nathan Collins. Lebih pelik pemain itu membantah keputusan pengadil melayangkannya kad merah dan sempat menyatakan bahawa dia cuba memenangi bola.

Pundit Darren Fletcher dan Jermaine Jenas, turut memberikan komen mereka.

“Apa benda yang baru dia lakukan tu?” soal Fletcher kehairanan dan percaya Bruno Lage sendiri mempersoalkan perkara yang sama.

Jermaine Jenas percaya pemain itu sedangn koyak dan melepaskannya segera ke atas lawannya.

“Dia koyak teruk tu, dalam masa beberapa saat, kekecewaan itu dlepaskan di sana.”

Menurut laporan BBC, Nathan Collins masih tak percaya dia mendapat kad merah. Dia melenggang perlahan lahan masuk ke bilik persalinan sambil menggelengkan kepalanya tanda protes.

Dia malah berhenti dekat pegawai perlawanan keempat Tony Harrington dan membantah keputusan pengadil dengan percaya bahawa dia masih tak salah dan tak patut menerika kad merah terus.

Grealish dapat meneruskan semula perlawanan selepas menerima rawatan.

Tindakannya benar benar merugikan pasukannya. Yang sudah ketinggalan 2 gol dan terpaksa bermain dengan 10 pemain pada pertengahan babak separuh masa pertama.

Saksikan di sini:

Tiada apa yang boleh dilakukan pengadil selain melayangkan kad merah atas terjahan dengan kaki sangat tinggi dihalakan kepada dada pemain lain. Grealish mengerang kesakitan dan terbaring di atas padang menahan asakan kuat itu.

Baca yang lain