[VIDEO] Peminat Samakan Teknik Tandukan Terbang Weghorst Dengan Van Persie

Wout Weghorst menjadi wira kemenangan pasukannya pada masa kecederaan. Ini selepas penyerang tersebut menanduk bola dengan teknik tandukan terbang yang dianggap mirip gaya Van Persie pada 2014 – ketika dia melakukan tandukan yang digelar tandukan ‘The Flying Dutchman’.

Weghorst merupakan late bloomer dalam bola sepak Belanda. Pada musim lalu dia menjadi pemain Belanda pertama selepas Van Persie, menjaringkan  20 gol dalam akski 5 liga utama Eropah ketika beraksi di Bundesliga.

Kali terakhir pemain Belanda menjaringkan 20+ gol dalam 5 liga utama eropah adalah pada 2013 ketika itu Van Persie melakukannya bersama Manchester United.

Dengan 166 hari lagi sebelum Wales memulakan kempen Piala Dunia menentang Amerika Syarikat di Stadium Al Rayyan di Qatar, setiap perlawanan dikira sebagai persediaan penting untuk mereka. Terutama sekali untuk negara yang mengumpulkan pemain pemain dari liga luar negara mereka.

Wales sebelum ini menewaskan U k r a i n e dalam saingan final play off ke Piala Dunia 2022 menerusi jaringan sepakan percuma Gareth Bale yang terbias pada pertahanan lawan.

Namun Wales kali ini terpaksa menelan kekalahan dalam aksi kedua UNL. Dan ianya juga adalah kekalahan pertama Wales di tempat sendiri sejak tewas kepada Denmark pada November 2018.

Wales bergelut untuk mencipta peluang gol dalam perlawanan ini. Belanda yang merehatkan ramai bintang mereka malah di hadapan pada minit ke-50.

Wales menunggu sehingga ke masa kecederaan minit ke-90+2 untuk menyamakan kedudukan menerusi Rhys Norrington Davies.

Tetapi hanya 2 minit selepas itu, Belanda mendapat gol kemenangan yang lebih lewat pada minit ke-90+4.

Bermula daripada serangan balas yang digerakkan oleh Frenkie De Jong, pemain Barcelona itu melorongkan bola kepada pemain sayap, Malacia.

Malacia yang sama seperti De Jong, menjadi sasaran banyak kelab di Eropah musim ini — dia kemudian melakukan hantaran lintang yang terus disambar Weghorst.

Para peminat Belanda menjadi hilang akal meraikan gol kemenangan lewat itu. Mereka terus teringat dengan teknik Van Persie ketika menewaskan Iker Casillas dalam Piala Dunia 2014.

 

Pengurus Belanda, Louis van Gaal, dapat melihat sisi lucu, sambil bergurau menepuk belakang dirinya sendiri. Ini kerana dia sebenarnya berjaya mengabaikan godaan untuk memperkenalkan Memphis Depay menggantikan Weghorst. Di mana dia terus memberikan kepercayaan kepada pemain itu.

Van Gaal, yang dilantik semula oleh Belanda pada Ogos lalu, masih belum tewas dalam penampilan ketiganya sebagai pengurus.

Mengenai keupayaan pasukannya untuk mencari gol kemenangan lewat, Van Gaal berkata: “Saya rasa kami mempunyai kumpulan yang hebat. Ini bukan kali pertama dan ia bukan kali terakhir.”

Gareth Bale pula berkata mereka sudah bekerja keras mencari gol penyamaan namun mereka terleka dan melepaskan gol kepada lawan sekali lagi selepas menyamakannya. Beliau menganggap ianya akan menjadi pelajaran berguna kepada kem Wales.

Bale menegaskanL “Pemain dah bekerja keras untuk mendapatkan gol penyamaan. Kemudian untuk menyerah begitu awal selepas itu adalah sukar tetapi ia adalah sesuatu yang perlu kita pelajari, mungkin seni gelap untuk menghalangnya,” kata Bale merujuk kepada mereka mungkin harus melakukan tactical foul ketika De Jong mencetuskan serangan balas bahaya itu.

Bale mengakui Belanda sebagai pasukan lebih baik dan bertaraf dunia berbanding dengan Wales.

“Kita perlu belajar daripada ini. Mereka pasukan bertaraf dunia dan kami berada dalam liga A ini sekarang kerana kami berhak menguji diri kami menentang yang terbaik.”

Saksikan rangkuman aksi di sini:

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu