[VIDEO] Peminat Sebak Lihat Ole Menangis Tinggalkan Manchester United Yang Dia Sayangi

Ole Gunnar Solskjaer sah meninggalkan Man United selepas dipecat oleh kelab tersebut. Ole sedih kerana meninggalkan United dengan kedudukan yang ada sekarang. Pastinya dia berharap akan melangkah meninggalkan kelab itu lebih baik dan sempurna.

Seperti yang dijanjikan oleh Manchester United, mereka akan cuba sedaya upaya memastikan perpisahan dengan Ole berlaku dalam keadaan sangat baik dan menjaga status Ole sebagai legenda Manchester United.

Manchester United sempat merakamkan ucapan terima kasih Ole kepada kelab dan peminat. Ternyata pengendali dari Norway itu tidak dapat menahan emosi beliau dan sebak.

Ini kerana Manchester United adalah kelab yang signifikan dengan hidup Ole. Beliau juga merupakan legenda kelab dan banner 20LEGEND masih berkibar sehingga ke hari ini.

Ditanya pandangan beliau tentang cabaran United selepas ini, kerana akan beraksi beberapa lagi perlawanan penting. Ole berkata:

“Saya sudah beritahu mereka [para pemain] termasuk pagi ini tadi, kamu harus percayakan diri sendiri.”

“Kamu semua tahu kita lebih bagus daripada apa yang ada sekarang. Cuma kita tak mampu menunjukkannya.”

“Pergi keluar sana dan nikmatilah detik menjadi pemain Manchester United. Liga Juara Juara Eropah adalah pentas tertinggi, jika kamu menang, kamu akan mara ke peringkat seterusnya.”

“Michael [Carrick] akan mengambil alih berdepan dengan Villareal. Saya sangat menghormati beliau dan meyayangi Michael.”

Ole kemudian berubah raut wajahnya. Di mana dia menangis ketika mengenangkan bahawa selepas ini beliau sudah tidak lagi berada di tepi padang.

“Saya dah jadi emosi pula sekarang ni, sebab dia seorang yang hebat.”

Ole kemudian yakin bahawa United akan melepasi peringkat kumpulan dan mara.

“Mereka akan baik baik sahaja. Saya akan menonton perlawanan mereka dan menyokong mereka.”

Wartawan rasmi kelab kemudian menyatakan bahawa Ole akan sentiasa dialu alukan di Old Trafford.

Dengan rendah diri Ole berkata: “Saya pun harap begitulah.”

Di ruangan komen ramai peminat sebak dan sedih melihat perpisahan Ole dengan United kali ini tidak seperti yang diharapkan. Ini kerana ternyata Ole tidak mampu memberikan kejayaan lebih besar kepada kelab.

Ada yang menyatakan bahawa mereka tidak pernah inginkan situasi seperti ini berlaku. Kerana mereka sentiasa menghormati legenda mereka itu. Malangnya keadaan tidak seperti yang dirancang atau seperti yang mereka impikan.

Ramai juga terkesan dengan tangisan Ole, kerana dia merupakan seorang yang sentiasa tersenyum walaupun kalah sekalipun. Ole sebelum ini pernah meminta maaf kerana dia tersenyum ketika sidang media selepas kalah di tangan Watford kerana menurut Ole, itulah sebaik baiknya manusia, sentiasa tersenyum apabila bercakap dengan seseorang di hadapan mereka.

Namun ole faham akan ada pihak yang tidak sukakannya.

Saksikan detik emosi Ole itu di sini:

Ole bersama dengan United selama 3 tahun. Beliau sempat memecahkan beberapa rekod kelab termasuk rekod tanpa kalah paling panjang di tempat lawan.

Namun malangnya, dalam beberapa bulan ini, prestasi United sangat tidak menentu dan membawa kepada pemecatannya.

Seperti laporan beberapa media sebelum ini, Ole Gunnar Solskjaer akhirnya dipecat oleh Man United, berikutan kekalahan memalukan di tangan Watford semalam.

Man United mencatat kekalahan ketuju dalam Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Jauh daripada sasaran untuk mencabar kejuaraan liga pada musim ini.

Man United mengesahkan bahawa pembantu Ole iaitu Michael Carrick akan mengendalikan pasukan buat sementara waktu sehingga kelab menemui pengurus interim sehingga akhir musim ini.

United dalam kenyataannya berkata: “Man United mengumumkan bahawa Ole meninggalkan jawatannya sebagai pengurus kelab.”

“Ole akan sentiasa menjadi legenda di Man United, dan dengan berat hati kami mencapai keputusan ini.”

“Walaupun dalam beberapa minggu ini agak mengecewakan namun ianya tidak akan menafikan segala kerja keras yang beliau lakukan dalam 3 tahun ini dalam membina asas penting untuk masa hadapan.”

“Ole meninggalkan kelab dengan ucapan terima kasih penuh keikhlasan daripada kami di atas usaha tanpa jemu sebagai pengurus dan kami mengharapkan yang terbaik buat beliau di masa akan datang.”

“Kedudukannya dalam sejarah kelab akan sentiasa terpelihara, bukan sahaja kisahnya sebagai pemain, namun sebagai insan yang hebat dan pengurus yang memberikan kita banyak momen indah.”

“Beliau akan sentiasa dialu alukan di Old Trafford sebagai sebahagian daripada keluarga United.”

“Michael Carrick sekarang ini akan mengendalikan pasukan untuk aksi seterusnya, sementara kelab mencari pengurus interim untuk mengendalikan kelab sehingga akhir musim.”

Manchester United kini mencari pengurus Interim untuk mengendalikan kelab mereka sehingga akhir musim ini.

Dua nama yang dikaitkan ialah Julen Lopetegui dan juga Laurent Blanc.

United berusaha untuk mendapatkan Zidane secara tetap. Namun keadaan buat masa ini agak sukar untuk mereka. Kerana Zidane mungkin tidak setuju mengendalikan pasukan di pertengahan musim.

Beberapa calon lain yang dikehendaki United termasuk Mauricio Pochettino dan Erik Ten Hag. Namun dia pengurus itu selesa dengan kelab masing masing.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di