[VIDEO] Peminat Tersentuh Hati Melihat Ramos Baru Sedari Dia Tak Pakai ‘Armband’ Lagi

Sergio Ramos nampaknya masih cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharunya di Paris setelah menyertai Paris St Germain.

Pemain veteran Sepanyol itu menyertai PSG secara percuma dari Real Madrid selepas gagal mendapatkan kontrak baharu dengan.

Ramos berkhidmat bersama Real Madrid selama 16 tahun sejak menyertai mereka dari Sevilla. Beliau memenangi 5 La Liga dan 5 UCL bersama dengan Real Madrid.

Dalam satu video yang dimuat oleh PSG, Sergio Ramos memakai jersi lengkap. Dan pada satu momen dia cuba membetulkan lilitan kaptennya seperti biasa. Namun dia baru tersedar bahawa lilitan kapten itu tidak ada bersamanya.

Dia kini bersama kelab baharunya, dan bukan lagi ketua pasukan sepertimana di Real Madrid. Di mana kebanyakan kariernya dihabiskan dengan lilitan kapten pada jersinya. Kapten PSG sekarang ialah Marquinhos.

Detik itu membuatkan ramai tersentuh hati melihatnya terutama sekali peminat Real Madrid yang sudah terbiasa melihat Ramos sebagai kapten mereka.

Tangisan Ramos tinggalkan Real Madrid

Ramos mengatakan dalam sidang media bahawa dia telah cuba sedaya upaya untuk memintak kelab melanjutkan kontrak dua tahun demi karier dan keluarganya.

Ramos turut menyatakan bahawa dia mengalah demi Real Madrid untuk memastikan dia terus kekal. Malangnya, kelab tersebut sudah  membuat keputusan.

Kelab memberitahu Ramos bahawa mereka kekal dengan polisi memberikan kontrak setahun sahaja untuk pemain di atas 30 tahun.

Ramos yang masih mempertimbangkan tawaran setahun itu kemudian menegaskan dia terkejut ketika diberitahu bahawa rundingan kontrak antara mereka sudah berakhir dan menemui tarikh luput ‘seminggu yang lalu’.

Ramos: Saya sedia persetujui kontrak setahun dan gaji lebih rendah

Ketika itu Ramos sudah setuju untuk menerima sahaja tawaran setahun itu dengan gaji lebih rendah.

Pemain berusia 35 tahun itu, yang akan menjadi ejen bebas pada 1 Julai, menegaskan dia pastinya akan menolak bergabung dengan kelab seperti Atletico atau Barcelona kerana cintanya kepada Real Madrid. Ramos malah menyatakan dia tak terfikir untuk kembali ke Sevilla – yang bermain dalam satu liga dengan Real Madrid.

Ramos bergabung dengan Real Madrid dari Sevilla dengan harga 27 juta euro pada tahun 2005 dan kemudian menjadi salah seorang pemain terbaik kelab itu di dalam sejarah. Ramos bermain 671 perlawanan dan memenangi 22 trofi, termasuk lima di La Liga dan empat Liga Juara-Juara Eropah.

Meskipun telah menyatakan kekecewaannya atas rundingan yang gagal dengan Real Madrid, Ramos enggan mengkritik presiden Florentino Perez secara langsung, menggambarkan hubungan mereka seperti “ayah dan anak”.

Perez dan Ramos menyampaikan ucapan selamat tinggal pendek dan berpelukan mesra semasa upacara selamat tinggal di Valdebebas, dengan keluarga Ramos di antara mereka yang hadir dalam jumlah kecil kerana SOP.

Ramos mengatakan bahawa mengucapkan selamat tinggal kepada Real Madrid adalah salah satu “saat paling sukar” dalam hidupnya.

Selepas itu, dia menjawab sendiri pertanyaan dari media di ruang sidang media. “Saya tidak pernah mahu meninggalkan Real Madrid,” katanya.

“Saya kembali ke musim semasa lockdown ketika kami memenangi gelaran liga. Kelab itu menawarkan untuk melanjutkan kontrak saya tetapi kerana pandemik ini, ia ditangguhkan.”

“Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kelab membuat saya tawaran kontrak lanjutan satu tahun, dengan gaji yang lebih rendah, dan saya ingin menekankan bahawa wang tidak pernah menjadi isu dalam rundingan ini. Saya mahukan dua tahun untuk kesinambungan, untuk saya dan keluarga. Tidak pernah ada masalah berkaitan isu wang.”

“Ketika akhirnya saya memutuskan untuk menerima tawaran satu tahun itu dan gaji yang lebih rendah, saya diberitahu bahawa tawaran itu mempunyai tarikh luput yang saya tidak sedar.”

Ramos menegaskan dia tidak tahu mengapa tawaran itu tamat dan mengatakan dia “benar-benar terkejut”.

Baca yang lain