[VIDEO] Pencuri Kena Smackdown Dengan Mak Cik Mirip ‘Tauke Rumah Sewa Kung Fu Hustle’

Seorang pencuri sedang berdepan dengan detik ngeri apabila dia tersilap buat hal dengan seorang mak cik yang garang dan kuat.

Kejadian tersebut berlaku di Indonesia, di mana seorang lelaki cuba mencuri telefon bimbit seorang wanita. Ianya membuatkan akak tersebut sangat marah.

Siapa je yang tak marah kalau barang kesayangan kita dicuri kan?

Kejadian berlaku di daerah Banjar Kalimantan Selatan. Mak cik yang kepanasan dengan pencuri itu telah menumbuk kepalanya beberapa kali.

Ternyata hari itu pencuri berdepan dengan mangsa yang sangat sangat kuat dan agresif.

Oleh kerana lelaki itu sedar dia melakukan kesalahan, dia menahan sahaja pukulan itu.

Tidak puas dengan menumbuk wanita itu kemudian menarik baju lelaki itu dan menghempasnya ke atas tanah.

Gayanya tak ubah seperti smack down dalam WWE. Dia kemudian meneruskan pukulannya dengan sebatang rokok kelihatan berada di mulutnya.

Lelaki itu berada terbaring di atas tanah, melindungi mukanya dengan lengannya.

Seorang pejalan kaki cuba menghentikan wanita itu. Malangnya wanita itu menolaknya ke tepi sebelum menendang pencuri itu sekali lagi, kali ini dengan rokok di tangan sambil menjerit dan memaki hamun pencuri itu.

Ketua Polis Doni Hadi Santoso mengesahkan kejadian berlaku di gerai tepi jalan di Kampung Simpang Tiga di Banjar pada 10 April 2022. Polis kini sedang mencari alamat pencuri itu, dan menegasjan bahawa kedua dua pihak sudah menyelesaikan perkara tersebut.

Netizen ramai yang geli hati melihat telatah wanita itu. Malah ada yang menyamakannya dengan mak cik rumah sewa dalam filem Kung Fu Hustle yang ganas, kuat, garang dan ada rokok di mulutnya.

Saksikan detik itu di sini:

@utusantvofficial

Jangan kejut harimau sedang tidur. Kejadian 10 APR 2022 | 1 pagi | Kalimantan Selatan. #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

BACA JUGA: Pencuri Cuak Menyedari Kereta Dicurinya Milik Petarung UFC

Petarung UFC welterweight, Jordan Williams telah berkongsi video di mana keretanya hampir dilarikan oleh pencuri.

Williams sempat mengeluarkan jurus MMA dengan menumbuk dan menarik pencuri tersebut.

Jordan Williams merupakan petarung MMA yang baru sahaja mendapat kontrak dengan UFC pada September tahun lalu dan sudah beraksi dalam dua pertarungan menentang Nassourdine Imavov dan Mickey Gall.

Dalam satu kejadian pada 12 Ogos lalu, Williams berdepan dengan detik cemas di mana kereta mewahnya hampir dirembat oleh pencuri.

Kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak di Denver, di mana Williams berhenti untuk membeli minuman.

Ketika dia memasuki premis kedai runcit di situ, seorang lelaki masuk ke dalam keretanya.

Melihat keretanya sedang mengundur, Williams segera berlari dan membuka pintu. Pencuri yang menyedari bahawa dia sebenarnya baru sahaja cuba mencuri kereta petarung UFC.

Dia mulai panik dan tak keruan. Williams terus menarik pintu dan memberikan tumbukan ke arah pencuri dan menariknya keluar.

Pencuri kereta itu yang ketakutan terus melarikan diri, tak cukup tanah dia berlari seperti ternampak hantu.

Bercakap kepada peminatnya, Williams menyatakan bahawa keretanya dihidupkan dengan butang push to start di mana ianya akan hidup kalau kunci berada kira kira 5 kaki daripada kereta.

Williams bersyukur kerana keretanya tidak dilarikan dan berada dalam kedaan baik baik sahaja.

Bercakap kepada ESPN, Williams menyatakan dia agak ‘loading’ melihat ada orang dalam keretanya. Sambil berfikir, dia buat apa kat situ. Dan pada masa yang sama dia terfikir mungkin ada orang yang sama kereta dengannya.

“Kemudian saya seperti, ahhh sh*t ada orang dalam kereta saya.”

“Lalu saya berlari meluru ke kereta. Jika kunci saya tidak berada kurang 5 kaki, dia tak boleh pandu kereta itu. Ketika saya berlari ke arahnya, kereta itu perlahan lahan mengundur.”

“Dan saya lihat wajah pencuri ini dari luar tingkap, seperti dia berkata, ‘yeaa saya dapat kereta kamu.”

Williams mendedahkan dia sempat melepaskan penumbuk ke arah pencuri yang kemudian terus segera meminta maaf kerana menyedari dia baru cuba mencuri kereta petarung UFC.

Williams juga menyatakan bahawa, dia juga sempat menyerang pencuri itu dengan lututnya sebelum pencuri itu melarikan diri.

Williams berkongsi gambar di Instagramnya mengingatkan pencuri itu bahawa dia tertinggal topi besbolnya di dalam keretanya.

Williams mengakui dia juga ada cuainya kerana meninggalkan kereta tanpa menguncinya terlebih dahulu. Dan dia berkata: “Saya belajar sesuatu daripada peristiwa ini. Namun saya benar benar berharap dapat mengajar pencuri tu satu dua pengajaran.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di