[VIDEO] Penjaga Gol Ini Berikan Penalti Seawal 4 Saat Perlawanan

Penjaga gol Madagascar, Melvin Adrien baru sahaja mencipta rekod memberikan penalti paling pantas dalam sejarah.

Ini selepas beliau melakukan kekasaran kepada lawannya hanya selepas 4 saat permulaan permainan.

Melvin keluar untuk mencabar pemain lawan selepas pertahanan gagal untuk mengeluarkan bola.

Akibat misjudge, Adrien telah mengasari Simon Msuva yang terus terbaring di atas padang.

Pengadil tanpa ragu ragu memberikan penalti kepada Tanzania. Ketika kejadian itu, masih ramai lagi pegawai dan staf jurulatih yang tak sempat duduk.

Saksikan detik yang gila itu di sini:

Erasto Edward Nyoni mengambil penalti itu dan menyempurnakannya. Tanzania kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-26 menerusi Novatus Dismas.

Walaupun awalnya, Tanzania dilihat bakal menang mudah, namun itu tak berlaku. Pada lewat separuh masa Njiva Rakotomarimalala merapatkan kedudukan.

Dan sebelum wisel separuh masa dibunyikan, Thomas Fontaine memastikan kedudukan 2-2 menuju bilik persalinan.

Mujur pada separuh masa kedua, Faisal Salum menjaringkan gol kemenangan untuk Tanzania.

Itu juga kemenangan pertama buat Tanzania selepas seri dalam perlawanan pertama.

Madagascar terus merana dengan kekalahan kedua berturut turut dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Benin yang berada di tangga kedua turut meraih 4 mata selepas 2 perlawanan. Congo kini di tangga ketiga hasil 2 keputusan seri.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di