[VIDEO] Penyokong Denmark Jerit Christian, Penyokong Finland Jerit Eriksen

Christian Eriksen melalui detik paling genting di dalam kariernya. Di mana beliau bertarung nyawa di atas padang selepas tiba tiba rebah dan tak sedarkan dirinya.

Namun tindakan pantas Simon Kjaer yang membantu rakannya itu telah menyelamatkan nyawanya.

Kjaer memastikan saluran udaran Eriksen tidak tersumbat di mana dia membantu Eriksen agar tidak tergigit lidahnya.

Kjaer kemudian melakukan CPR dengan kedudukan posisi badan yang sebetulnya sementara menunggu petugas perubatan dan doktor masuk.

Para pemain Denmark membuat benteng manusia untuk mengelak rakan mereka dirakam kamera dan menjadi tontonan umum ketika menerima rawatan.

Momen itu sangat ikonik dan pastinya akan diingati selamanya. Bagaimana para pemain di dalam padang membantu rakan mereka dengan profesional dan juga sebagai seorang rakan.

Dilaporkan, ianya mengambil masa sekitar 20 minit untuk Eriksen dirawat di tepi padang dan kemudian diusung keluar stadium untuk dibawa ke hospital.

Kjaer dan Kasper Schmeichel menenangkan isteri Eriksen yang menangis risau perkara tidak diingini berlaku kepada suaminya.

Tindakan pantas semua pihak termasuk pengadil perlawanan membuatkan Eriksen dapat diselamatkan. Ejen beliau mengesahkan pemain itu malah mahu rakan rakannya meneruskan perlawanan ketika di hospital.

Eriksen disahkan dalam keadaan stabil. Dan para penyokong di dalam stadium turut diberikan hebahan tentang perkara tersebut.

Satu senario yang sangat indah berlaku di stadium apabila penyokong penyokong Denmark dan Finland masing masing bersatu hati memberikan sokongan kepada Eriksen.

Seksyen penyokong Denmark menjeri Eriksen, manakala seksyen penyokong Finland menyahutnya dengan Eriksen.

Perlawanan disambung semula dan Finland menang 1-0 dalam aksi tersebut.

Tetapi UEFA memutuskan untuk memberikan anugerah pemain terbaik kepada Christian Eriksen yang berjaya memenangi pertarungannya dengan maut.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di