[VIDEO] Penyokong Millwall Mengejek Pemain Yang Berlutut Untuk BLM

Seperti yang kita semua tahu, Liga Perdana Inggeris adalah liga yang mewajibkan semua pemain melutut tanda sokongan kepada kempen Black Lives Matter (BLM).

Hujung minggu kali ini merupakan yang pertama kerajaan membenarkan Liga Inggeris untuk menerima kehadiran penyokong.

Namun keadaan yang tidak disangka sangka berlaku dalam aksi Millwall menentang Derby. Para penyokong mengejek dengan bunyi boo kepada para pemain yang melutut di tengah padang.

Seorang peminat berkata: “Bayangkan, penyokong kamu tak dibenarkan menyaksikan perlawanan beberapa bulan. Akhirnya, memilih beberapa penyokong untuk kembali ke stadium. Dan mereka melakukan ini?”

FA Inggeris mengecam tindakan itu. FA dalam kenyataannya berkata: “FA menyokong semua pemain dan staf yang mahu menentang diskriminasi dengan cara yang terhormat, ini termasuk melutut. Dan kami dengan tegas mengecam sikap mana mana penonton yang menyuarakan pandangan bertentangan.”

Pemain di divisyen utama England berlutut sejak Jun lalu, sebagai tanda sokongan kepada penentangan ke atas rasisme.

Ketika mendengar seksyen penyokong mereka yang terus mengejek pemain yang berlutut, pemain Derby, Colin Kazim Richard menggenggam tangannya tanda dia berdiri untuk BLM.

Persatuan anti diskriminasi, Kick It Out menyatakan mereka sedih dengan apa yang berlaku di The Den.

Kick It Out berkata:

“Apa yang ditunjukkan di sini, bahawa paran pemain benar untuk terus bertahan terhadap diskriminasi, sama ada menerusi berlutut ataupun dengan bersuara.”

“Perjuangan untuk kesamarataan kaum akan diteruskan dan kami akan terus bekerjasama dengan kelab di seluruh negara untuk menangani diskriminasi dalam semua yang berkaitan.”

“Kami memuji para pemain kerana terus tegas dan menentang kebencian yang ditunjukkan hari ini.”

 

 

Baca yang lain