[VIDEO] Pepe Rempuh Dan Siku Mkhitaryan Cetus Pergaduhan Besar Tapi Terlepas Kad

Dalam kamus hidup Pepe, tiada perlawanan bola sepak yang boleh digelar perlawanan pershabatan. Ini termasuk dalam aksi pra musim di mana biasanya kesemua pemain akan cuba sedaya upaya mengelakkan kecederaan diri sendiri dan lawan mereka.

Perlawanan tersebut digelar Derbi Jose Mourinho yang bersifat derbi keluarga. Ini kerana hubungan istimewa Mourinho dengan Porto.

Mourinho merupakan pengurus legenda yang pernah membawa Porto mengejutkan dunia menjadi juara Eropah.

Pepe telah melakukan aksi rempuhan ganas ke atas Henrik Mkhitaryan dalam aksi Porto menentang AS Roma. Dan tindakan Pepe itu telah mencetuskan kekacauan besar di atas padang.

Pergaduhan tercetus dan pemain pemain kedua pasukan saling memaki hamun antara satu sama lain dalam aksi yang berlangsung di Camp Bela Vista.

Perlawanan tersebut berakhir dengan seri 1-1. Bekas bek tengah Real Madrid itu telah mengasari Mkhitaryan dan kemudian menyikunya.

Mkhitaryan terjatuh atas padang serta merta dan kemudian memberikan respon sangat marah dan bengang. Mkhitaryan malah cuba menyepak Pepe, namun pemain itu mengelak.

Mkhitaryan kemudian cuba menyerang Pepe lagi namun ditarik oleh pemain lain.

Pengadil berlari ke tempat kejadian untuk meleraikan pemain pemain kedua dua pasukan. Bukan sahaja pemain, tetapi ada staf kejurulatihan turut terlibat. Banyak aksi tolak menolak dan mencarut di antara mereka.

Ada juga yang cuba meleraikannya dan menenangkan keadaan.

Mkhitaryan dilayangkan kad kuning kerana dianggap bertindak balas berlebihan sehingga mencetuskan pergaduhan. Namun menarikntya, Pepe terlepas sebarang hukuman ataupun kad. Memang dia master dalam dark art.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di