[VIDEO] Polis Beli Kek Dan Raikan Harijadi Remaja Ini Dulu Sebelum Angkut Ke Balai

Di Brazil, polis menangkap seorang remaja yang dikaitkan dengan beberapa kes curi termasuk mencuri sistem audio dan pemain digital dalam kenderaan.

Remaja tersebut sebelum ini sudah beberapa kali ditangkap polis atas pelbagai kesalahan lain. Namun seringkali dibebaskan atas jaminan ibunya.

Hal ini kerana dia adalah pesalah juvana 17 tahun dan ke bawah. Maka ibu bapanya boleh menjamin keluar anak mereka yang belum mencecah usia 18 tahun selagi lagi ianya bukan kesalahan jenayah berat seperti membunuh ataupun mencederakan orang awam.

Apa yang pasti, remaja itu seolah olah tidak serik dengan perbuatannya dan corak / pattern jenayah itu amat merisaukan mereka kerana remaja itu berpotensi mencederakan mangsanya pada bila bila masa.

Semalam sebuah page di Twitter telah menceritakan bagaimana remaja itu ditahan pada harijadinya yang ke-18. Bermaksud dia akan didakwa sebagai pesalah berusia 18 tahun yang dianggap sebagai pesalah dewasa dan bukan juvana lagi.

Polis dilaporkan mendapat tahu tentang situasi tersebut dan menunggu remaja itu genap 18 tahun dalam beberapa hari lagi untuk menahannya.

Dia ditahan di rumahnya. Polis memutuskan untuk meraikan dahulu harijadinya. Polis membuka telah mebeli kek dan air berkarbonat untuk meraikan harijadi remaja itu sebelum pergi ke rumahnya untuk menahannya.

Polis kemudian menyanyikan harijadi untuk remaja itu. Dia dengan wajah penuh kekeliruan dan agak bengang, akhirnya meniup lilin dan minum air coca cola di atas mejanya. Dia kemudian dengan muka terpaksa merasai kek harijadinya dan memberikannya kepada pegawai polis di situ.

Saksikan di sini detik bersejarah itu:

Semoga tidak ada adik adik yang jadi macam ni pulak nanti, meraikan harijadi dengan kek dari kedai Acheh dan air coca cola dibeli oleh Inspektor Mazlan dan rakan rakan.

Baca yang lain