[VIDEO] Positioning Teruk Harry Maguire, Antaranya Cubaan Buat Perangkap Ofsaid

Harry Maguire mempunyai satu lagi malam untuk dilupakan ketika Manchester United ditewaskan sepenuhnya oleh Liverpool di Anfield dari segenap segi.

Liverpool kembali mendapat tempat teratas dalam Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 4-0 ke atas musuh ketat mereka.

Gol daripada Luis Diaz, Sadio Mane dan dua gol untuk Mohamed Salah memastikan kemenangan selesa buat pasukan Jurgen Klopp, yang berulang kali mendedahkan kelemahan United di bahagian pertahanan.

Pasukan tuan rumah hanya mengambil masa lima minit untuk memecahkan kebuntuan. Ini apabil Salah memanfaatkan kerapuhan lima bek United yang terputus-putus. Salah kemudian melorongkan bola keapda Diaz melakukan penyudah mudah dari jarak dekat.

Kapten United, Maguire mendapat kecaman kerana kedudukannya dalam binaan gol itu.

Pemain antarabangsa England itu keluar dari barisan pertahanan United terlalu awal untuk menutup Sadio Mane di bahagian tengah. Peraturannya mudah, apabila bek tengah mara ke depan lebih awal dan meninggalkan ruang di belakang mereka, maka mereka harus memenagi bola ataupun memenangi ‘pemain’.

Maksudnya, adalah tidak boleh untuk mereka membenarkan pemain dan bola melepasi mereka. Kalau gagal menang bola, mereka harus melakukan sesuatu termasuk foul taktikal. Itu adalah risiko apabila bek tengah keluar awal.

Peraturan sama juga untuk penjaga gol yang memutuskan untuk keluar dari kedudukan mereka bagi memenangi bola.

Mane dapat melihat Maguire meluru kepadanya dan melakukan hantaran mudah kepada Salah dengan Maguire terkandas lalu terperangkap di bahagian tengah.

Salah kemudiannya mempunyai tugas paling mudah untuk melorongkan bola kepada Diaz, yang tidak membuat kesilapan dengan penyudahnya.

Maguire kemudian melakukan kesilapan pemposisian sekali lagi kerana silap agakan ataupun misjudge, ketika Liverpool berusaha untuk menjaringkan gol keempat.

Ketika Diogo Jota melakukan hantaran kepada Salah, Maguire sekali lagi keluar awal dari garisan paling bawah pertahanan dalam percubaan untuk memerangkap Jota ofsaid.

Tindakannya itu dilihat sia sia, kerana pemain lain tidak melakukan perangkap ofsaid, dan lebih malang, bola melaluinya untuk sampai kepada Mohamed Salah.

Salah dengan tidak melakukan kesilapan melakukan penyudah yang kemas menewaskan David De Gea.

Peminat United menggunakan media sosial untuk mengkritik kedudukan Maguire dan mempersoalkan bagaimana pemikiran tantiklnya dalam dua gol itu.

“Maguire sentiasa melatah dan mengarut sungguh cara dia bermain dalam Liga Perdana Inggeris ini tanpa mengetahui apa-apa tentang pemposisian,” tulis seorang peminat di Twitter.

Seorang lagi menulis: “Kedudukan Maguire sangat teruk. Bagi pemain yang tidak boleh berlari laju, anda sepatutnya boleh membaca permainan dengan baik.”

Seorang lagi berkata: “Saya menangis melihat salah satu cubaan melakukan perangkap ofsaid paling teruk yang pernah saya saksikan.”

ESPN kemudian menggariskan betapa teruknya positioning Maguire dalam gol pertama Liverpool.

Kemudian seorang lagi peminat menggariskan kedudukan posisi Maguire pada situasi keempat empat gol Liverpool.

Ini sebenarnya bukanlah kali pertama Maguire terperangkap kerana masalah posisi. Jelas sekali beliau harus lebih baik dalam perkara tersebut.

Bercakap sebelum perlawanan di Anfield, Maguire mempertahankan dirinya daripada pengkritik dan berkata “ada sebab mengapa” dia tidak digugurkan oleh pengurus sementara Ralf Rangnick dalam kesebelasan utama.

“Saya tidak akan bermain setiap perlawanan untuk Manchester United dalam kesebelasan utama jika saya bermain teruk setiap perlawanan atau tidak bermain dengan cukup baik,” kata Maguire kepada Sky Sports.

“Ada sebab mengapa kedua-dua pengurus meletakkan saya dalam kesebelasan utama setiap perlawanan.

“Tetapi saya juga faham bahawa saya adalah kapten kelab ini, saya memerlukan banyak wang, dan apabila keadaan tidak berjalan dengan baik dan kami melepaskan gol, saya akan dikritik.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di