[VIDEO] Rainbow Flick Oleh Ilhan Mansiz Mengayamkan Roberto Carlos Pada 2002

Masihkah anda ingat bagaimana Ilhan Mansiz melakukan gerakan yang mengelirukan Roberto Carlos dalam aksi Piala Dunia pada 2002?

Istilah “Rainbow Flick” mungkin agak janggal bagi kita di Malaysia. Di dalam sukan bola sepak, ia adalah salah satu skil individu yang mampu mengelirukan pemain pertahanan lawan.

Gerakan Rainbow Flick juga sudah pasti mampu membuatkan penonton kagum jika ia dilakukan dengan sebaiknya. Pemain seperti Neymar antara yang sangat gemarkan trick ini.

Dalam aksi kelayakan Piala Dunia antara Brazil dan Argentina, Vinicius Jr melakukan rainbow flick yang cantik sekali.

Rainbow flick adalah gerakan yang memerlukan kebolehan seseorang pemain menyungkit bola dari arah belakang pemain yang menyerang mengunakan kawalan kedua-dua belah kaki untuk melepasi pertahanan lawan.

Ia juga boleh dilakukan pada arah yang bertentangan. Ia signifikan dengan gerakan mengangkat bola dari belakang melepasi kepala, dan ke depan lawan.

Trajektori arah pergerakan bola tersebut yang ibarat pelangi di atas kepala, menyebabkan skil ini dinamakan “Rainbow Flick“.

Tidak semua pemain mempunyai kebolehan membuat gerakan sedemikian.”Rainbow Flick” atau dikenali sebagai “Lambretta” di Brazil.

Gerakan ini juga digelar sebagai Maradona kerana legenda itu sangat suka menggunakan teknik ini.

Namun ia adalah sesuatu yang mengasyikkan apabila melihat pemain Brazil ‘seperti terkena’ dengan gerakan yang amat sinonim dengan bola sepak jalanan di negara tersebut.

Paling diingati adalah gerakan Ilhan Mansiz yang cuba memperdayakan Roberto Carlos menggunakan kaedah ini dalam separuh akhir Piala Dunia 2002.

Gerakan ikonik Ilhan Mansiz

Gerakan tersebut menyebabkan Roberto Carlos tiada pilihan melainkan terpaksa mengasari penyerang Turki itu untuk mengelakkan Ilhan meluru ke arah gol pasukan Brazil.
Turki adalah salah sebuah pasukan yang amat kuat pada ketika itu dan memiliki beberapa pemain berkebolehan seperti Rüştü Reçber, Hasan Sas, Emre Belözoğlu dan ramai lagi.

Selain daripada Ilhan Mansiz, gerakan tersebut turut sering digunakan oleh pemain seperti Neymar. “Rainbow Flick” atau lambretta juga sering diperagakan oleh pemain di dalam “street soccer” maupun futsal.

Persona Ilhan Mansiz bukan sahaja pada gaya rambutnya pada ketika itu, namun turut sensasi ketika melepasi Carlos dengan rainbow flick.

Ianya secara tak langsung membuatkan negara itu mencabar stereotaip bahawa mereka hadir dengan pasukan rigid.

Namun Ilhan Mansiz membuktikan bahawa pasukan Turki ketika itu sedia untuk ‘bermain bola sepak’ dan bukannya anti football.

Agak ironi kerana Ilhan Mansiz melakukannya ke atas salah seorang bek kiri terbaik sepanjang zaman.

Skil yang dianggap sangat gila!

Selain momen mengayamkan Carlos dengan lambretta, Ilhan Mansiz turut diingati dengan gol minit ke-94 yang menyingkirkan Senegal daripada suku akhir.

Turki bertemu dengan Brazil di separuh akhir, dan mereka tewas 0-1.

Namun skuad Turki berjaya memenangi penentuan tempat ketiga dengan menewaskan Korea Selatan. Pencapaian tertinggi dalam sejarah bola sepak Turki.

Ilhan Mansiz merupakan pemain yang sangat berbakat. Beliau ibarat ‘Brazillian’ yang bermain dalam pasukan Turki.

Malang sekali kariernya diganggu oleh kecederaan yang agak banyak. Membuatkan Ilhan Mansiz tidak dapat mencapai potensi terbaiknya di pentas dunia.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari