[VIDEO] Rangkuman Aksi ‘Masterclass’ Ribery vs Inter Termasuk Assist Dengan Killer Pass Cantik Ini

Franck Ribery telah berjaya mempamerkan salah satu aksi terbaik beliau dalam Serie A. Beliau berjaya mengucar kacirkan pertahanan Inter Milan dengan kelicikan dan juga kepantasannya,

Fiorentina memberikan Inter Milan kesukaran dalam aksi thriller 7 gol. Di mana keputusan berpihak kepada Inter Milan.

Ribery masterclass

Dalam aksi yang berlangsung di San Siro, Fiorentino di hadapan seawal minit ke-10 menerusi Christian Kouame.

Lautaro Martinez, kemudian menyamakan kedudukan sebelum rehat separuh masa – di mana beliau menjaringkan gol itu pada masa kecederaan.

Bersambung babak kedua, Inter di depan selepas Federico Ceccherini terjaring gol ke gawang sendiri.

Namun Ribery membantu pasukannya membina gol penyamaan dengan assist kepada Gaetano Castrovilli pada minit ke-57.

Assist kedua beliau lagi memukau. Kali ini beliau menunggu momen terbaik untuk melepaskan hantaran kepada Federico Chiesa.

Winger berusia 37 tahun itu membelah pertahanan Inter dengan satu killer pass yang sangat cantik.

Ketepatan hantaran yang luar biasa, serta kelajuan bola yang tepat, sesuai dengan pecutan oleh Chiesa.

Malang sekali buat Fiorentina, hasrat mereka untuk menang tidak kesampaian. Kerana Inter Milan selepas itu menjaringkan 2 gol lewat, 3 minit terakhir perlawanan menerusi Romelu Lukaku dan D Ambrossio.

Ribery memberikan malam yang sukar kepada Inter Milan. Reaksi bekas rakan sepasukannya di bawah ini menggambarkan segalanya.

 

Ribery melakukan 92% hantaran tepat dalam perlawanan ini. Berjaya melepasi pemain lawan dengan gelecekan sebanyak 5 kali.

Beliau juga turut mencipta 5 peluang gol serta 2 daripadanya adalah assist.

Saksikan rangkuman aksi Ribery vs Inter di  sini:

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di