[VIDEO] Reaksi Hjobjerg Yang Takjub Melihat Gol Luar Biasa Son

Gol berkelas dunia Son Heung-min menentang Leicester City mencetuskan reaksi gila daripada rakan sepasukan Pierre-Emile Hojbjerg.​ Reaksi yang sama yang akan kita tunjukkan jika melihat gol tersebut.

Son menjadi bintang utama Tottenham menewaskan Leicester 3-1 pada hari Ahad ketika mereka terus mengekalkan prospek harapan empat teratas mereka.

Dia menjaringkan dua gol, menjaringkan gol ketika perlawanan memasuki aksi sejam. Dan kemudian pemain antarabangsa Korea Selatan itu melencongkan gol sensasi pada minit ke-79.

Penyerang Korea Selatan itu menjaringkan satu screamer ke penjuru atas, dengan Hojbjerg memerhatikan dengan rasa takjub dan seolah olah tidak percaya dengan pameran di hadapan matanya itu.

Reaksi pemain Denmark itu membuatkan warga Twitter meletus. Ditambah pula akaun Twitter rasmi Spurs menyiarkan tweet merujuk kepada reaksi Hojberg ke atas gol menakjubkan oleh Son. ,

“Sama, Pierre. Sama,” tulis Spurs dalam ciapan tweet mereka.

Selepas tamat perlawanan, Son berkata beliau gembira kerana menjaringkan gol yang cantik seperti itu. Namun apa yang lebih penting pasukannya bermain dengan cantik.

Spurs menang 3-1 ke atas Leicester untuk membolehkan mereka mengekori rapat Arsenal dalam perebutan 4 teratas.

Arsenal turut menang dalam aksi semalam berdepan dengan seteru sebandar London iaitu West Ham United.

Apa yang pasti gol Son Heung Min menentang Leicester akan diingati sebagai salah satu gol tercantik dalam kariernya.

Saksikan di sini, gol dan reaksi Hojbjerg tersebut dalam highlight perlawanan ini:

 

Selamat Hari Raya!

 

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu