[VIDEO] Ronaldo Akui Koyak Dan Minta Maaf Selepas Menghancurkan Handphone Penyokong

Semalam tular insiden yang mendakwa Cristiano Ronaldo bengang lalu memecahkan telefon salah seorang penyokong. Ronaldo merampas fon tersebut dan menghempaskannya sekuat hati.

Namun begitu tidak dapat dipastikan dengan jelas sama ada Abang Do benar benar merosakkan telefon peminat ataupun dia sebenarnya menghempaskan shin pad miliknya?

Sebuah laman twitter peminat Everton mendakwa Ronaldo memang menghempaskan telefon penyokong ketika keluar dari padang dan menuju ke bilik persalinan.

Cristiano Ronaldo akhirnya tampil dengan pengakuan rasmi. Dia menyatakan dia sangat koyak kerana kekalahan yang tidak diterima ketika di atas padang.

Dia memberikan reaksi melampau ke atas penyokong Everton tersebut. Di atas padang, Ronaldo sudah menunjukkan rasa tertekan yang melampau apabila dia menyepak bola ke kawasan tempat duduk pemain simpanan Everton.

Ronaldo kesal dan malu dengan perbuatannya dan membuat permohonan maaf secara rasmi.

Dia menyatakan tindakannya itu kerana terlalu kecewa dan koyak kerana kalah.

“Tidak mudah untuk menangani emosi dalam masa sukar seperti yang kita hadapi,” tulis pemenang Ballon d’Or 5 kali itu dalam catatan Instagram.

“Namun begitu, kita mesti sentiasa menghormati, sabar dan menjadi contoh kepada semua anak muda yang menggemari permainan yang indah tersebut.”

“Saya ingin memohon maaf atas kemarahan saya, dan kalau boleh, saya ingin menjemput penyokong ini untuk menonton perlawanan di Old Trafford sebagai tanda permainan adil [fair play] dan semangat kesukanan.”

Walaupun menerima kecaman di atas tindakannya. Peminat tetap memberikan penghormatan kepada Ronaldo yang dianggap berjiwa besar sanggup mengakui kesilapannya secara terbuka.

Bola sepak adalah permainan yang sarat dengan emosi. Ronaldo bukan pemain yang suka menerima kekalahan. Dalam kariernya dia selalu menang.

Namun segalanya serba tak kena pada musim ini untuk dia dan Manchester United.

Manchester United menelan kekalahan kelapan mereka musim ini dalam Liga Perdana Inggeris. Kekalahan di Goodison Park merupakan kekalahan di tangan pasukan di tangga ke-17 dalam carta Liga Perdana Inggeris, Everton.

Secara berpasukan, Manchester United hanya menang 1 daripada 7 perlawanan terakhir mereka. Dan kemudian kekal di tangga ketujuh untuk seminggu lagi. Mereka juga melepaskan kelebihan yang mereka miliki dalam persaingan ke top 4 sebelum ini, dengan berada 6 mata di bawah slot eropah, ketika artikel ini ditulis.

Manchester United benar benar bergelut pada musim ini. Kehadiran mega bintang seperti Ronaldo, Varane dan Sancho sebenarnya masih gagal membantu mereka.

United hanya mengutip 51 mata daripada 31 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Selain itu prestasi Rangnick pula semakin merosot walaupun pada permulaannya dia mencatatkan rekod yang agak baik. Rangnick kini hanya mencatatkan rekod 47% nisbah kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris ataupun hanya 8 daripada 17 perlawanan.

Ianya adalah peratusan kemenangan paling rendah oleh mana mana pengurus yang pernah mengendalikan Man United dalam Liga Perdana Inggeris.

Bagi Everton pula, mereka berjaya mendapat 3 mata berharga untuk menjarakkan diri daripada zon penyingkiran. Selepas beberapa perlawanan yang sukar bagi Everton, mereka akhirnya berjaya mendapatkan 3 mata daripada United dalam baki perlawanan yang sangat sukar buat skuad bimbingan Frank Lampard dalam usaha mereka mahu mengelak aib penyingkiran.

Adakah Man United mampu ke slot UCL musim hadapan? Ianya sangat penting untuk United dalam usaha mereka memulakan projek dengan pengurus baharu mereka.

Ketika ini nama Erik Ten Hag sedang rancak dikaitkan dengan Red Devils.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari