[VIDEO] Ronaldo Alihkan Botol Coca Cola Dan Ajak Orang Minum Air Kosong Bukannya Coke

Cristiano Ronaldo menjadi perhatian dunia sekali lagi. Biasanya, apa sahaja yang bang Do buat pasti menjadi perhatian.

Kali ini Ronaldo terlibat kontroversi dengan penaja, walaupun kontroversi ini sebenarnya sangat baik untuk kita semua.

Dalam sidang media sebelum aksi berdepan Hungary, Ronaldo dengan pengurusnya berada di atas podium untuk temuramah.

Sebaik sahaja duduk di situ, Ronaldo menunjukkan reaksi kurang senang melihat ada dua botol Coca Cola di hadapannya.

Tidak semena mena, pemenang Ballon d’Or 5 kali itu telah melakukan tindakan yang tidak dijangka oleh penganjur. Dia mengalihkan dua botol Coca Cola itu.

Sehingga ianya tidak kelihatan lagi dari frame kamera yang merakam Ronaldo.

Paling gila, Ronaldo menunjukkan reaksi dia menegah orang ramai meminum Coca Cola dan mengajak mereka meminum air kosong.

Selepas menolak dua prop itu ke tepi, Ronaldo mengangkat botol air mineral dan berkata: ‘Agua’ yang bermaksud air kosong dalam bahasa Portugis.

Ronaldo memang cerewet dalam soal pemakanan dan juga penjagaan fizikal serta kesihatan seorang atlet.

Kisah Ronaldo ‘Triggered’ Teruk Setiap Kali Anaknya Minum Coca Cola

Cristiano Ronaldo mendedahkan bahawa satu perkara yang membuatkannya bengang / triggered adalah apabila melihat anaknya Cristiano Jr meminum air bergas terutama sekali coca cola yang menjadi kegemaran anaknya.

Cristiano Jr sudah memasuki akademi bola sepak dan mahu menjadi pemain bola sepak.

Oleh sebab itu Ronaldo rasa sangat terganggu melihat anaknya minum coca cola. Kerana pemain bola sepak tidak boleh minum minuman bergas dan terlebih gula.

Pada masa yang sama Ronaldo tidak akan memaksa anaknya menjadi pemain bola sepak jika anaknya tidak mahu.

Namun tetap rasa tidak senang melihat budak 10 tahun minum coca cola. Kerana ianya tidak sihat.

Ronaldo menyatakan rasa tak senangnya itu selepas menerima Anugerah Pemain Terbaik Abad Ini di  Globe Soccer Awards, atas pencapaian dua dekad kariernya.

Bercakap ketika menerima anugerah tersebut Ronaldo ditanya sama ada beliau sudah mempersiapkan anaknya untuk mewarisinya di lapangan bola sepak sebagai pemain profesional?

Ronaldo berkata: “Tak lagi [terfikir tentangnya]. Saya kadangkala terlalu tegas dengan dia kerana dia minum Coca-Cola dan Fanta.”

“Itu membuatkan saya sangat marah dengan dia.”

“Saya bahkan bertengkar dengan dia setiap kali dia makan makanan ringan seperti kerepek kentang, kentang goreng, dan semua benda macam tu.”

“Saya tahu dia tak sukakannya [apabila saya mengawal pemakanannya].”

“Anak saya yang kecil, setiap kali mereka makan coklat pun mereka akan tengok wajah saya [agar saya kasihan dan membenarkan mereka makan], namun kita kena kuat.”

Bagaimana Ronaldo Menjadikan Fizikalnya Hanya Ada 7% Lemak & Kekal ’20-an’

“Namun secara jujurnya, dia [Cristiano Jr] ada potensi. Dia besar, laju dan bagus menggelecek. Namun itu semua tak bermakna. Sebab saya ingatkan dia setiap masa, ianya memerlukan dedikasi dan kerja keras berterusan.”

“Kadangkala apabila kami di ruma, saya akan kata kepadanya, pergi treadmill dan berlari sikit kat sana.”

“Lepas habis di treadmill saya suruh dia pergi mandi air sejuk untuk recover. Dan esok buat benda sama.”

“Dan dia kata:’Ayah, air ni sejuk sangat, tak naklah’,”

“Tapi saya faham. Dia baru 10 tahun. Terpulang kepada dia. Saya tak akan memaksanya menjadi pemain bola sepak profesional.”

“Jika kamu tanya saya, sama ada saya nak dia jadi pemain bola sepak? Jawapannya ya! Tapi saya lebih mahukan dia menjadi apa yang dia mahu. Kalai dia nak jadi doktor, saya nak dia memikirkan untuk menjadi doktor terbaik.”

Cristiano Ronaldo memang seorang yang sangat cerewet dengan diet dan latihan.

Patrice Evra pernah menceritakan dia datang ke rumah Ronaldo dan membayangkan rumah mewah itu dipenuhi makanan sedap.

Rupanya peti ais Ronaldo hanya ada makanan salad, buah buahan, ikan segar dan makanan sihat lain.

Lalu Evra menasihatkan: “Jika Ronaldo ajak kamu makan di rumahnya, lebih baik kamu cari alasa menolaknya. Tak sedap.”

“Lepas makan dia akan ajak kamu ke padang kecil dan melakukan beberapa latihan ringan.”

Baca yang lain