[VIDEO] Ronaldo Tamatkan Kemarau Gol Dengan Jaringan Lawa, Bukti Dia Belum ‘Finished’

Cristiano Ronaldo sebelum ini meniti kemarau jaringan yang paling panjang dalam kariernya iaitu, 6 perlawanan tanpa sebarang gol. Untuk pemain lain ianya dianggap bukanlah panjang sangat kan?

Namun segalanya berakhir di Old Trafford dalam aksi berdepan Brighton. Seperti dijangka ianya perlawanan yang sukar untuk Man United. Kerana Brighton benar benar berada dalam prestasi terbaik mereka musim ini.

Ronaldo diberikan kepercayaan berada dalam kesebelasan utama. Dengan Pogba dan Rashford diletakkan di bangku simpanan.

Brighton tampil dengan aksi sangat baik sepanjang perlawanan. Ronaldo apa kurangnya, dia bermain dengan link up play yang berkesan.

Walaupun pada separuh masa pertama, beberapa kali permainan kombinasi Man United berakhir dengan penyudah lemah.

Brighton pula menguasai bola dengan baik. Mereka juga beberapa kali menguji David De Gea.

Tetapi pada separuh masa kedua, Man United tampil dengan mentaliti lebih baik. Gol oleh Cristiano Ronaldo pada minitke-51 menambahkan lagi motivasi untuk United tampil dengan lebih baik.

Scott McTominay berjaya melorongkan bola kepada Ronaldo. Pemain berusia 37 tahun itu kemudian berjaya mengelak cabaran daripada pemain lawan sebelum melepaskan rembatan deras yang terus masuk.

Kelicikan dan ketajaman gerakan CR7 itu benar benar memukau peminat yang hadir.

Selepas gol tersebut, Brighton dikurangkan kepada 10 pemain selepas Lewis Dunk menjatuhkan Elanga dan dikira sebagai menafikan peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

Awalnua pengadil hanya memberikan kad kuning. Namun selepas melihat semula ulang tayang menerusi VAR, pengadil memutuskan bahawa Lewis Dunk melakukan kesalahan kad merah.

Walaupun bermain dengan 10 pemain Brighton tetap tampil dengan sangat baik dan mengimbangi perlawanan.

Sehinggalah Manchester United mendapat gol kedua menerusi Bruno Fernandes pada minit ke-90+7, masa kecederaan.

Bruno Fernandes menggerakan bola daripada serangan hasil daripada sepakan percuma pantas diambil.

Fernandes sempat melakukan acahan untuk memperdaya penjaga gol dan pertahanan sebelum merembat masuk.

Tamat perlawanan, Man United berjaya memperoleh 3 mata, untuk kembali berada dalam kalangan 4 teratas.

Ronaldo benar benar menutup mulut pengkritik sekali lagi dengan prestasi cemerlangnya. Beliau turut merencana beberapa gerakan cantik untuk rakannya dalam perlawanan ini.

Sebelum ini Shearer menganggap Ronaldo tidak akan pernah menjadi masalah untuk United.

Baca juga artikel: Shearer Pertahankan CR7 Yang Dikritik: “Tanpa Ronaldo, Man United Lebih Teruk”

Alan Shearer tampil mempertahankan Cristiano Ronaldo dan menganggap bahawa tuduhan bahawa Ronaldo punca masalah di Manchester United adalah naratif palsu.

Ronaldo terus menjadi subjek kritikan ramai pihak kerana dianggap telah menyukarkan rakan sepasukannya kerana terpaksa bermain dalam sistem yang dikehendakinya.

Setelah melengkapkan kepulangan sensasi ke Old Trafford musim panas lalu, pemenang Ballon d’Or lima kali itu telah menjaringkan 14 gol dalam 26 penampilan di semua pertandingan semasa kedatangannya buat kali kedua.

Ronaldo, bagaimanapun, gagal menemui sasaran dalam enam perlawanan terakhirnya. Ianya adalah kemarau gol paling panjang untuk Ronaldo.

Akibatnya, United terus mengejar ketinggalan dalam perlumbaan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah, manakala pemain berusia 37 tahun itu juga telah dikritik kerana bahasa gerak badannya yang dianggap ‘negatif’, pengaruh buruk terhadap rakan sepasukan dan menunjukkan kekecewaannya apabila digantikan dalam perlawanan.

Ronaldo kemudian dianggap sebagai memberikan tekanan kepada pengurus untuk mengeluarkannya. Shearer tidak menafikan perkara itu, namun baginya, itu memang sudah sikap Ronaldo secara semulajadi.

Bagaimanapun, menurut Shearer, bekas bintang Real Madrid itu bukanlah orang yang harus dilemparkan dengan kritikan sedemikian. Kerana dia bukan masalah dalam Man United sekarang ini.

Semasa kolum terbaharunya untuk The Athletic, pundit dan legenda EPL itu berkata: “Ronaldo mesti tengah berfikir; ‘Apa yang telah saya lalui’?”

“Dia adalah pemain yang sukar dipercayai – antara yang paling hebat yang pernah wujud dalam planet ini – tetapi dia juga berusia 37 tahun.”

“Beliau menentang untuk diketepikan atau dikeluarkan kerana intipati penampilan beliau ialah kemahuan yang tiada tandingan untuk menang dan keazaman tinggi yang tidak pernah dikalahkan.”

“Dia mahu bermain setiap minit dalam setiap perlawanan dan apabila sikap itu dah tiada, maka Ronaldo pun ‘dah tiada’. Tetapi, sudah tentu, ia juga memberi tekanan kepada pengurus.”

Shearer menambah: “Saya tidak menyalahkan Ronaldo atas apa-apa yang berlaku di sana.”

“Dia mempunyai hak untuk percaya bahawa jika bukan kerana dia mereka akan jauh lebih teruk daripada mereka yang ada sekarang ini. Dia betul.”

Shearer menyatakan dia akan rasa sangat kecewa jika benar ada pemain pemain muda yang tidak selesa dengan kehadiran Ronaldo di dalam pasukan. Ronaldo sebelum ini pernah meluahkan kekecewaannya dengan sikap segelintir pemain muda yang malas buat extra training dan kemudian tidak mengawal pemakanan.

Kerana menurutnya, kehadiran Ronaldo dalam pasukan adalah impian semua pemain muda. Ini kerana mereka boleh belajar dan mendapatkan nasihat daripada pemain sepertinya.

“Mempunyai Ronaldo di kelab sepatutnya menjadi impian bagi pemain yang lebih muda dan jika mereka tidak meminta nasihatnya dan memahami segala-galanya, maka mereka sepatutnya begitu. Bagi saya, ia adalah naratif palsu.”

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi