VIDEO: Rossi Dan Marc Dapat Podium Sulung MotoGP Virtual, Walaupun Tewas Di Tangan Rookie

Beberapa orang pelumba MotoGP telah menyertai pertandingan MotoGP Virtual Race Jilid IV yang berlangsung di Sirkuit Misano, San Marino, pada 17 Mei lalu.

Quartararo berstatus pelumba yang berada pole position pada permulaan, sempat berada di tangga pertama, namun dua kali dia terjatuh. Dan hasilnya beliau hanya mampu menamatkan saingan di tangga keempat.

Quartararo sebenarnya dipotong saat akhir oleh Rossi membuatkan beliau menyerahkan tempat ketiga kepada The Doctor.

Quartararo menyatakan dengan nada berseloroh: “Saya sengaja memberikan posisi ketiga kepada Rossi,” katanya sambil tergelak.

“Ya, ini merupakan home race-nya. Hadiah buatnya untuk menamatkan saingan di tannga ketiga,” tambah beliau lagi.

Rossi tersenyum dan berkata; “Ya, terima kasih Fabio.”. Kemudian Rossi turut membuat kenyataan media ringkas tentang kejayaannya menaiki podium.

“Manamatkan saingan di tangga ketiga di Misano sangat penting untuk saya. Karena ini perlumbaan di home. Terima kasih buat kerja seluruh pasukan,” tegas Rossi yang seakan berlumba di dunia nyata.

Dalam saingan Virtual MotoGP – Alex Marquez telah memenangi perlumbaan itu untuk kali kedua. Berjaya memintas abangnya Marc Marquez di selekoh terakhir.

Juara bertahan MotoGP Marc telah dikejutkan adiknya, selepas sepanjang perlumbaan beliau bersaing hebat dengan Alex dan Fabio Quartararo.

Ini bermakna, pelumba rookie, Alex yang sebelum ini memenangi perlumbaan Virtual di Mugello telah menjadi pemenang dua perlumbaan buat pertama kali dalam siri itu.

Manakala Marc dan Rossi naik ke podium digital itu buat pertama kali.

Perlumbaan kali ini melibatkan 11 pelumba dengan perlumbaan 9 pusingan dengan jarak sekitar 35% daripada jarak sebenar.

Maverick Vinales dan Francesco Bagnaia kedua duanya terlibat kemalangan pada pusingan awal.

Berikut adalah keputuan penuh:

Korang boleh saksikan perlumbaan di sini, tapi ini commentary Indonesia. Versi penuh ada bawah tu:

Ini yang 15 minit:

Versi penuh:

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali