[VIDEO] Saksikan Dua Gol Lingard Pada Debut, Serta Statistik Luar Biasanya

Lingard menyertai West Ham secara pinjaman dalam usahanya mendapatkan lebih banyak minit perlawanan. Dengan pasukan United yang serba serbi berkualiti di tengah, tiada ruang untuk Lingard.

West Ham dilaporkan hanya menawarkan GBP 1 juta untuk meminjam Lingard pada baki musim ini. Man United berkeras meminta GBP1.5 juta untuk The Hammers mendapatkan khidmat pemain kebangsaan England itu. Akhirnya West Ham akur dan membayar harga diminta untuk level seorang Lingardinho.

Pasukan David Moyes mengalahkan persaingan dari Sheffield United dan West Brom, yang turut berminat untuk menandatangani pemain antarabangsa England itu.

Namun Lingard dilaporkan lebih berminat dengan tawaran daripada West Ham yang akan membolehkannya bergandingan semula dengan David Moyes.

Beberapa bulan lalu, Lingard turut dikaitkan dengan Inter Milan. Ini kerana Antonio Conte mahu menjadikan Lingard sebagai back up kepada pemain utamanya.

Lingard hanya membuat dua permulaan untuk United musim ini, yang menyebabkan keinginannya untuk pergi untuk mengejar minit permainan yang lebih banyak.

Lingard mahu menempatkan dirinya dalam pasukan England yang akan beraksi dalam Euro akan datang. Lingard antara pemain penting dalam skuad Southgate di Piala Dunia yang lalu.

Lingard merupakan pemain graduan akademi Man United. Beliau merupakan pemain yang boleh beraksi sebagai no.8, no.10 dan pemain sayap.

Kualiti itu ditagih David Moyes dalam usaha mereka mengekalkan rentak cemerlang mereka musim ini. Diharap kehadiran Lingard akan membantu West Ham mara ke kejohanan seperti Europa League pada musim hadapan.

Debut impian

Lingard sebelum ini tidak beraksi berdepan dengan Liverpool. Namun beliau diberikan debut ketika berhadapan dengan Aston Villa.

Lingard dengan padunya menandakan era barunya di West Ham dengan dua gol dalam debut yang membantu kemenangan 3-1 West Ham.

Thomas Soucek membuka tirai jaringan pada minit ke-51. Enam minit kemudian Putera Lingard menjaringkan gol pertamanya untuk West Ham.

Bermula daripada satu serangan balas, Lingard membua ruang di kiri dan menerima bola dengan kemas menggunakan dadanya.

Tanpa rasa ragu, Lingard melakukan rembatan deras menewaskan Emi Martinez yang tidak dapat menepis kemas.

Kegirangan Lingard dimeriahkan lagi gol kedua peribadinya. Situsinya mirip gol pertama. Lingard menerima bola di half space dan kemudian merembat deras. Sekali lagi Emi Martinez gagal menepis dengan lebih baik.

Lingard menari nari meraikan gol beliau. Lingard memang suka menari untuk meraikan gol. Akhirnya kita dapat melihat kembali keceriaan di wajahnya.

Lingard menganggap ia permulaan sempurna dengan 2 gol serta 3 mata daripada aksi berdepan Villa. Lingard tidak bermain langsung dalam EPL sebelum ini.

Sekali dia bermain terus dua gol dia rembat.

“Pasukan sangat baik dengan saya. Saya menyesuakan diri dengan cepat. Saya tersenyum sebelum perlawanan, ketika perlawanan. Saya sangat cintakan bola sepak,” kata Lingard tentang hari bahagianya kembali merumput.

David Moyes berkata: “Dia [Lingard] mencipta perbezaan kepada pasukan. Jika dia meneruskan aksi cemerlangnya, tak lama lagi dia akan kembali semula ke pasukan England. Bukan sahaja menjaringkan gol tetapi dia juga membuatkan pasukan ini bermain baik malam ini.”

Kenyataan Moyes itu disokong oleh statistik luar biasa Jesse Lingard. Melakukan 91% hantaran tepat, 21 daripadanya adalah di kotak serangan.

Lingar juga melakukan 6 percubaan dengan 3 on target.

6 kali Lingard menggelecek lawannya dengan 2 daripada lepas. Bukan itu sahaja, Lingard mencipta 2 peluang gol dan menjaringkan 2 gol.

Saksikan highlight aksi individu Lingard berdepan Aston Villa:

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.