[VIDEO] Saksikan Kejadian Dua Gol Jota Yang Padu Amat vs Atalanta Separuh Masa Pertama

Diogo Jota terus memulakan kehidupan baharunya di Liverpool dengan kegembiraan.

Di sebalik wajahnya yang stim, dia juga sangat stim memburu gol.

Dalam aksi berdepan Atalanta, Jota menjaringkan dua gol cantik pada separuh masa pertama.

Jota membuka tirai jaringan pada minit ke-16. Di mana beliau dengan licik menewaskan Sportiello.

Menjadikan Diogo Jota sebagai pemain kedua menjaringkan gol dalam dua penampilan pertama dalam kesebelasan utama pada aksi UCL – selepas Robbie Keane pada 2008.

Jota menewaskan perangkap ofsaid dan kemudian melakukan sungkitan yang nakal seperti lagu Ayda Jebat.

Satu kestabilan fizikal yang baik daripada Jota ketika dia ditekan oleh lawan secara duel.

Gol kedua Jota muncul pada minit ke-33. Dan kali ini ianya lebih cantik. Wonderstrike selepas menerima bola daripada Joe Gomez.

Jota melakukan trap control dengan first touch sempurna untuk eliminating pertahanan di depannya.

Jota tanpa berfikir panjang seperti Curtis Jones – terus Jota merembat deras leret ke near post.

Gol yang penuh berseni daripada pemain Portugis tersebut.

Berikut adalah catatan statistik Jota pada separuh masa pertama.

Enam kali beliau menerima menyentuh bola dalam kotak penalti. Melakukan 3 percubaan ke arah gol dan kesemuanya tepat belaka sobak.

Dan tak lupa, menjaringkan dua gol yang klinikal.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di