[VIDEO] Schick Menjelaskan Secara Taktikal Gol Ajaib Yang Melemaskan Marshall

Patrik Schick kini menjadi satu lagi pencabar untuk gol tercantik Euro 2020 malah untuk Puskas sekalipun.

Ini selepas dia menjaringkan gol lencongan inswinger yang awalnya melencong keluar dan kemudian melengkung masuk ke dalam.

Pesona gol itu sangat cantik. Ketika penjaga gol Scotland, David Marshall tidak berada di kedudukan terbaiknya.

Tenik Schick ketika melakukan percubaan itu sangat baik sekali untuk memastikan bola terus masuk daripada satu percubaan dari tengah padang.

Itu adalah gol kedua penyerang berusia 25 tahun itu dalam perlawanan tersebut. Beliau meletakkan pasukannya di hadapan pada separuh masa pertama menerusi tandukan cantik.

Mesut Ozil antara bintang yang kagum dengan gol tersebut dan memilih itu adalah calon utama untuk gol tercantik Euro 2020.

Begitu juga dengan beberapa peminat yang lain turut bersetuju bahawa itu adalah gol tercantik kejohanan kali ini.

Saksikan di sini gol ajaib tersebut dari kamera eagle eye ini:

Republik Czech pada fasa serangan balas. Dan sangat sukar untuk membendung gol secantik itu dalam keadaan penjaga gol berada di atas.

Penjelasan secara taktikal

Agak menarik kerana gol itu memang sudah dirancang oleh Schick. Ini kerana dia memerhatikan corak taktikal Scotland yang menolak naik penjaga gol mereka ketika pasukan mereka menguasai bola di kawasan lawan.

Schick menegaskan dia memerhatikan keadaan itu sejak separuh masa pertama dan dia menunggu masa sesuai untuk melaksanakan pelan jahatnya itu.

Schick menjelaskan: “Saya sudah memerhatikan keadaan ini pada separuh masa pertama. Jika keadaan seperti ini berulang lagi, saya tahu penjaga gol akan naik ke kawasan sangat tinggi.”

“Apabila bola tiba, saya terus memeriksa kedudukan penjaga gol dan di mana dia berada, saya melihat matanya, dan saya mencuba.”

Itulah definisi pemain yang bagus. Menganalisa sendiri taktikal lawan dan menyediakan pelan pemusnah untuknya.

Gol ala Robben oleh Yarmolenko

Sehari sebelumnya, Andriy Yarmolenko menjaringkan satu curling shot yang memukau.

Andriy Yarmolenko telah memukau dunia dengan gol indah ketika Ukraine 3-2 tewas kepada Belanda dalam satu perlawanan paling sedap setakat ini.

Pada minit ke-75 ketika Ukraine ketinggalan 2-0, Andriy Yarmalenko merapatkan kedudukan yang mengamamkan Maarten Stekelenburg.

Peminat Belanda sendiri mengucapkan tahniah kepada penyokong Ukraine di atas gol cantik itu.

Belanda berjaya mengekalkan kelebihan dua gol sehinggalah minit ke-75 Andriy Yarmolenko bermain 1-2 dengan Roman Yaremchuk.

Andriy Yarmolenko masuk ketengah dan terus menarik kaki kiri untuk melepaskan satu rembatan lencong padu dari luar kotak penalti.

Indah, cantik, padu dan menakjubkan gol Andriy Yarmolenko yang menyaksikan bola tepat ke penjuru atas kiri gawang, Maarten Stekelenburg tewas.

Ada yang menggelarkan Yarmolenko sebagai Arjen Yarmolenko kerana jaringan sebegitu merupakan gol yang selalu dijaringkan oleh Arjen Robben.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di