[VIDEO] Sterling ‘Miss’ Peluang Keemasan Jarak Dekat, 59 Saat Kemudian Lyon Skor Gol Ketiga

Raheem Sterling gagal menyumbat bola ke dalam gawang gol terbuka sekaligus melepaskan peluang keemasan ketika pertembungan Liga Juara-Juara Manchester City menentang Lyon.

Man City tersingkir dari Liga Juara-Juara di peringkat suku akhir berikutan kekalahan 3-1 kepada Lyon pada hari Sabtu.

Tetapi nasib mereka mungkin sangat berbeza sekiranya Sterling menjaringkan peluang keemasannya sebelum Lyon menjaringkan gol ketiga mereka malam itu.

https://twitter.com/i/status/1294748801782120448

Dalam tempoh hanya 59 saat selepas itu Dembele menjaringkan gol ketiga pasukannya.

Pemain antarabangsa England tersebut menjaringkan banyak gol dalam beberapa musim ini. Namun dia juga tetap manusia biasa yang melakukan kesilapan.

Cuma harga kesilapan yang tinggi untuk dibayar kali ini. Sterling cuba melakukan tap in dengan kaki kanannya, hanya mampu melihat bola melambung tinggi.

Sterling sendiri seakan akan tak percaya dengan apa yang beliau sedang saksikan.

“Keeper pun dah meletakkan tangannya atas kepala selepas melihat miss daripada Sterling itu.”

Reaksi Pep Guardiola juga menarik perhatian ramai. Dia tahu peluang seperti itu tak patut dilepaskan.

Ini boleh dikira miss of the season. Sangat sukar untuk melihat Sterling terlepas peluang seperti itu jika diberikan kesempatan lagi.

Moussa Dembele menyerang bersama rakannya ke kubu City dan menjaringkan gol ketiga Lyon seri untuk menghantar pasukannya ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Gary Lineker yakin Raheem Sterling tak akan dapat tidur nyenyak malam ini selepas kesilapan itu.

Ini pula reaksi Micah Richards dan Jamie Carragher melihat perkara yang sebegitu rupa di mata mereka. Carragher meraung seolah olah dirinya dinodai tanpa rela.

Micah Ricahrds sudah meraikannya mengingatkan peluang itu mudah disempurnakan oleh Sterling. Tetapi beliau kecewa dengan hasilnya.

Namun ini bukan pertama kali Bang Raheem Sterling terlepas peluang seperti itu. Beliau pernah mengalaminya sebelum ini.

Manchester City terus kemarau kejuaraan Liga Juara Juara Eropah. Mereka tersingkir di suku akhir buat kali ketiga berturut turut dalam 3 musim terakhir.

Olympique Lyon mencipta salah satu sejarah penting dalam kelab mereka setelah sekian lama.

Ini apabila mereka mara ke separuh akhir UCL dengan menewaskan Man City dalam aksi separuh akhir.

Dua gol daripada Moussa Dembele dan satu gol daripada Maxwell Cornet membantu Lyon menang 3-1 ke atas pasukan pilihan, Man City.

Gol saguhati Man City pula dijaringkan oleh Kevin De Bruyne.

Lyon akan berdepan dengan Bayern Munich di separuh akhir. Satu lagi aksi separuh akhir adalah antara Paris St Germain dan RB Leipzig.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di