[VIDEO] Tak Setuju ESL, Klopp Berdepan Risiko Dipecat Kerana Menyekolahkan Majikannya Secara Live

Jurgen Klopp menjadi pengurus pertama dari gagasan yang menubuhkan Super League, tidak bersetuju dengan pembentukan liga elitis itu.

Liverpool seri dengan Leeds dalam aksi di Elland Road. Selepas The Reds melepaskan bolos pada lewat perlawanan.

Namun tumpuan terarah kepada Jurgen Klopp. Kerana ramai mahu tahu pendiriannya tentang Liga Super Eropah. Adakah Klopp akan u turn dengan pendiriannya?

Klopp pernah menyatakan pendiriannya pada 2019 dengan berkata:

“Saya harap Super League tak akan direalisasikan. Dengan cara UCL yang dianjurkan sekarang, bola sepak sudah ada produk yang hebat. Bagi saya UCL adalah Super League. Di mana kamu tidak selalu bermain dengan pasukan yang sama.”

“Kenapa nak mencipta sistem yang mebuatkan Liverpool bertemu Real Madrid untuk 10 tahun berturut turut? Siapa yang nak tengok ia setiap tahun.”

Dalam aksi Liverpool dengan Leeds, Jurgen Klopp menyatakan pendirian yang sama. Beliau juga menyatakan dia faham kenapa penyokong Liverpool marah dengan idea tersebut.

Para penyokong Liverpool menaikkan banner kecaman di Anfield dan juga di Elland Road. Para pemain Leeds memakai t shirt khas. Klopp menyatakan beliau kurang gembira dengan tindakan pemain pemain Leeds kerana Klopp dan pemain pemain Liverpool sama sekali tidak terlibat dalam idea Liga Super Eropah.

Klopp malah dengan beraninya mengulangi pendirian beliau tentang pandangannya yang tidak bersetuju dengan Liga Super Eropah.

Klopp juga mengesahkan bahawa, para pemain Liverpool langsung tak tahu apa apa tentang Super League sehinggalah ianya diumumkan pada Ahad.

Klopp kemudian berkata: “Pendirianku tidak berubah [sejak 2019]. Kami dapat beberapa informasi, tapi tak banyak, ianya sesuatu yang sukar. Orang ramai tak gembira dengannya, saya faham.”

“Kami [pemain dan staf] tidak terlibat langsung dalam mana mana proses, tidak saya, juga para pemain. Saya tiada masalah dengan UCL. Saya suka kalau West Ham bermain di UCL musim hadapan. Saya gembira mereka dapat peluang.”

“Ingat, bahagian paling penting dalam sesebuah kelab adalah penyokongnya dan pasukan.”

Tindakan Klopp itu mendapat pujian daripada ramai pihak. Namun ramai juga merasakan bahawa ianya mungkin membawa masalah kepada Klopp. Kerana beliau secara terang terangan tidak bersetuju dengan majikannya.

Gary Neville memuji Klopp dan menyatakan bahawa Klopp telah menghancurkan majikannya di dalam tv kebangsaan.

Sebelum ini Diego Simeone mengambil pendekatan selamat dengan menyatakan beliau hanya bertugas untuk kelab dan tidak mahu masuk campur pendirian majikannya untuk menyertai Liga Super Eropah. Dan percaya kelabnya membuat keputusan yang terbaik demi kelab.

Adakah tindakan Klopp itu akan membuatkan beliau dipecat? Ataupun beliau sendiri akan meninggalkan Liverpool?

Ramai peminat risau dengan masa depan Klopp namun pada masa yang sama menyokong tindakan Klopp yang berani.

Baca yang lain