VIDEO: Tidak Ambil Hati, Arteta Dan KDB Berpelukan Selepas Tamat Perlawanan

Dalam aksi antara Arsenal dan Manchester City, berlaku satu insiden di mana Kevin De Bruyne telah menolak Mikel Arteta dan memberikan amaran kepada pengurus Arsenal itu agar tidak mengganggu permainan.

Insiden itu berlaku pada kedudukan 1-1 di antara kedua dua pasukan.

Man City mendapat lontaran ke dalam dan Arteta dilihat telah menguis bola ketika dia melihat De Bruyne mahu mengambil lontaran itu segera,

Itu yang membuatkan De Bruyne bengang dan bertindak agresif.

Tetapi selepas tamat perlawanan, kedua dua mereka berpelukan mesra. Dan itulah bola sepak, apa yang berlaku 90 minit, harus kekal 90 minit sahaja.

Lagipun Mikel Arteta merupakan bekas jurulatih kepada De Bruyne ketika dia menjadi pembantu Pep Guardiola di Manchester City sebelum ini.

Ramai peminat lega kerana kedua dua mereka tidak menyimpan rasa sakit hati dan dendam antara satu sama lain.

Manchester City menang 3-1 di Emirates dalam perlawanan antara 2 pasukan teratas liga.

Kedua dua pasukan kini mengutip 51 mata. Namun City memintas Arsenal di puncak liga berdasarkan kelebihan perbezaan jaringan yang mereka miliki.

Kedua dua pasukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama. City mendahului menerusi Kevin De Bruyne, dan gol itu disamakan oleh Bukayo Saka.

Separuh masa kedua, Man City memastikan kemenangan milik mereka dengan menambah 2 lagi gol menerusi Jack Grealish dan Erling Haaland.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu