[VIDEO] Tindakan Pantas ‘Keeper’ Cadiz Ini Selamatkan Nyawa Penyokong Terkena Serangan Jantung

Penjaga gol Cadiz, Jeremias Ledesma digelar  wira penyelamat nyawa. Ini selepas dia berhempas pulas berlari untuk menyelamatkan nyawa seorang penyokong yang terkena serangan jantung.

Pemain Barcelona dan Cadiz meninggalkan padang dengan permainan mereka dihentikan seketika kerana ada kecemasan perubatan di tempat penyokong.

Barcelona mencatatkan kemenangan 4-0 yang di Estadio Nuevo Mirandilla.

Ketika Barcelona mendahului 2-0, seorang peminat Cadiz mengalami serangan jantung di tempat penonton, yang menyebabkan perlawanan dihentikan serta-merta.

Ketika paramedik bergegas merawat penyokong tersebut yang memerlukan rawatan perubatan segera. Penjaga gol Cadiz Jeremias Ledesma memecut ke arah arah tepi stadium di mana insiden itu berlaku.

Ledesma dilihat berlari dengan defibrilator [alat bantuan jantung] di tangannya untuk diserahkan kepada paramedik. Perlawanan dihentikan hampir 20 minit, dengan stadium menjadi senyap selepas kejadian itu.

Pemain dari kedua-dua pasukan dilihat berdoa di atas padang ketika kakitangan dan jurulatih dari bangku simpanan memerhati dengan prihatin sekali dengan apa yang berlaku.

Detik cemas itu membuatkan semua di dalam stadium tergamam seketika. Petugas stadium turut bergegas membantu.

Menurut laporan, penyokong tersebut berjaya distabilkan semula selepas menerima rawatan. Pastinya kredit kepada tindakan pantas Ledesma di atas kepantasannya bertindak.

Perlawanan kemudian disambung semula..

Blaugrana menang 4-0 selepas bermula semula. Empat gol separuh masa kedua daripada Frenkie de Jong, Robert Lewandowski, Ansu Fati, dan Ousmane Dembele melonjakkan gergasi Catalan itu untuk kemenangan La Liga ke-4 berturut-turut.

Kemenangan itu membawa Barcelona ke puncak carta La Liga dengan 13 mata daripada 5 perlawanan, lebih satu mata daripada musuh ketat mereka, Real Madrid yang bermain kurang satu perlawanan.

Robert Lewandowski antara yang memberikan pujian kepada Ledesma dengan menulis: “Malam ini adalah tentang [sesuatu yang] lebih [penting] daripada bola sepak.”

Peminat bola sepak turut menjulang Ledesma sebagai wira kerana tindakan pantasnya telah menyelamatkan nyawa seseorang.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari