Video: Ultras Juve Berkumpul Di J Medical Bantah Pembelian Lukaku

Ultras Juventus telah mengadakan tunjuk perasaan di perkarangan kompleks perubatan kelab membantah kelab menandatangani Romelu Lukaku.

Juve dikaitkan dengan Lukaku selepas media Gazetta Dello Sports melaporkan bahawa Inter Milan menarik diri daripada rundingan dengan Chelsea untuk mendapatkan Lukaku.

Ini selepas Lukaku berbincang dengan Juventus di belakang mereka.

Kemudian satu lagi laporan sensasi menyebut bahawa, Lukaku sebenarnya pernah berbincang dengan Juventus sebelum final UCL musim lalu lagi.

Peminat Juve turut tidak dapat menerima kehadiran Romelu Lukaku di kelab itu.

Mereka melaungkan: “Kami tak mahukan Lukaku”

Ini kerana beberapa tahun lalu, Lukaku menyatakan ada 2 kelab yang dia benci dan tak akan sarung jersinya iaitu AC Milan dan Juventus.

Ini kerana dua kelab itu musuh tradisi Inter.

Lukaku pernah berkata: “Juventus atau AC Milan? Takkan pernah sesekali. Juve pernah cuba beli saya dan saya agak marah dengan ejen saya. Dia tahu saya tak nak bercakap dengan Juve. Bagi saya cuma Inter di hati saya.”

“Walaupun Juve membuat tawaran lebih baik, termasuk di masa hadapan, saya hanya mahu bermain untuk Inter atau kembali semula ke Anderlecht.”

Inter Milan dan Juve merupakan musuh dalam Derbi d’ Italia yang dianggap derbi antara 2 kelab paling berjaya di Itali dari segi pencapaian keseluruhan apabila digabungkan kejayaan trofi antara 2 kelab.

Sementara AC Milan adalah seteru Inter dalam Derbi Milan.

Kini pemain itu sudah berminat mahu menyertai Juventus. Lukaku mahu terus bermain di Itali bersama Inter Milan. Namun kelab itu bergelut untuk membelinya secara tetap kerana harga diminta Chelsea adalah €40 juta.

Inter berharap akan segera menjual Onana dan menggunakan wang itu untuk membeli Lukaku. Chelsea menolak sebarang perpindahan secara pinjaman untuk pemain itu.

Lukaku kini dikaitkan dengan Juve. Dan kelab itu mahu menjadikan dia penyerang baharu menggantikan Dusan Vlahovic yang tiada dalam perancangan Max Allegri.

Lukaku sebelum ini menyatakan kepada Inter dia menolak perpindahan ke Arab Saudi atau ke kelab seteru Inter iaitu AC Milan. Kerana dia hanya bermain untuk Milan.

Ternyata Lukaku membuatkan Inter kecewa kerana dia sebenarnya berunding dengan Juve di kala Inter sedaya upaya mencari dana untuk membelinya.

Baca yang lain