[Video] Varane: “Kekalahan Ini Kerana Kesilapan ‘Rare’ Dalam Karier Saya”

Raphael Varane ada hari untuk dilupakan di dalam kariernya. Ini selepas dua kesilapannya membawa kepada gol pasukan lawan.

Beliau menganggap kekalahan itu kerana kesilapannya yang jarang / rare berlaku di dalam kariernya. Di mana ada dua blunder dalam satu perlawanan yang membawa kepada gol.

Varane sebenarnya melakukan 3 blunder dalam perlawanan ini, mujur satu lagi tak dihukum.

Real Madrid turun dalam aksi peringkat 16 akhir pusingan kedua di Etihad selepas tewas perlawanan pertama.

Varane digandingkan dengan Eder Militao di bek tengah. Dan hari semalam ternyata hari yang sangat teruk untuk pemenang Piala Dunia – Raphael Varane.

Varane membuat dua kesalahan besar yang menghasilkan gol Manchester City, masing-masing dijaringkan oleh Raheem Sterling dan Gabriel Jesus.

Oleh kerana itu, Real Madrid tewas sekali lagi dengan jaringan 2-1 di tangan Man City.

Satu-satunya gol untuk Madrid dalam perlawanan yang berlangsung di Etihad dijaringkan oleh Karim Benzema pada minit ke-28.

Namun akhirnya, Los Merengues terpaksa menerima hakikat bahawa mereka tersingkir kerana mereka tewas dengan skor agregat 2-4.

Varane jelas tidak dapat melepaskan diri dari kegagalan ini. Dia melakukan dua kesalahan besar yang menjadikan Manchester City dapat menjaringkan gol dengan mudah.

Dua kali Gabriel Jesus menjadi nemesis kepada kesilapan beliau.

Pertama, Varane terlalu yakin untuk mengiring bola di dalam kotak penalti dengan adanya tekanan daripada Gabriel Jesus.

Varane hilang bola dan Jesus kemudian melorongkan untuk Raheem Sterling.

Untuk kesilapan kedua, Varane cuba menanduk bola kepada Courtois, namun dia gagal melakukannya.

Secara tak langsung bola itu menjadi ‘assist’ kepada gol Gabriel Jesus.

Varane: Ampunkan aku

Varane mengakui bahawa kekalahan ini mungkin disebabkan oleh kesalahannya. “Ini adalah kekalahan saya, saya harus terima,” kata Varane setelah perlawanan berakhir.

“Saya harus bertanggungjawab atas kekalahan ini. Kami telah membuat persiapan yang terbaik, tetapi kesalahan itu membebankan kami. Saya merasa sedih untuk rakan-rakan saya,” sambungnya.

Selanjutnya, Varane mengatakan bahawa Real Madrid telah berusaha untuk menang sehingga mereka mengambil risiko. Sayangnya, usaha mereka tidak dihargai dengan hasil yang diharapkan.

“Saya merasa gembira dengan perlawanan ini, mungkin kami mengambil terlalu banyak risiko pada awal pertandingan dan harus membayarnya,” tambahnya.

“Saya berterima kasih atas sokongan rakan sepasukan saya, ini jarang berlaku dalam karier saya,” kata pemain Perancis itu.

https://twitter.com/i/status/1291902837023268866

Maka dengan itu berkahirlah kempen juara La Liga selepas juara Serie A dan juara EPL pun tersingkir pada peringkat 16 pasukan akhir.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di